Surat Kebenaran Pemilik kereta ke Thailand diperlukan sekiranya kenderaan tersebut di atas nama adik,isteri atau keluarga.Jika atas nama sendiri,proses nak bawa masuk kereta ke Thailand adalah senang sahaja asalkan ada geran atas nama anda,kad pengenalan dan sebagainya
Bagi mereka yang yang berasal atau tinggal dari Perlis, Kedah, Kelantan dan Hulu Perak boleh masuk ke Thailand dengan menggunakan borderr pass sahaja.
Surat kebenaran bawa kereta ke Thailand sangat penting bagi memastikan anda dapat bawa kenderaan ke sana.Untuk dapatkan format surat contoh kebenaran pemilik kereta atau kenderaan lain,boleh rujuk format yang akan kami kongsikan di bawah
Cara bawa kenderaan ke Thailand
Berikut adalah prosedur masuk kenderaaan ke Thailand:
- Kenderaan Sendiri – bawa geran kenderaan yang asal atau salinan.
- Kenderaan atas nama orang lain – pastikan bawa surat authorization dari owner kenderaan beserta salinan geran.
Dokumen declare Kenderaan ke Thailand
Berikut dokumen penting yang diperlukan di border nanti jika kenderaan bukan atas nama anda:
- Surat kebenaran dari pemilik
- Salinan geran dan ditandatangan pemilik
- Salinan mykad pemilik ditandatangan
- Salinan my kad pemandu atau orang yang nak declaration custom form.
Boleh juga baca: Nikah Siam/Thailand:Cara Daftar di Malaysia,Proses dan Denda
Format Surat Kebenaran Pemilik kereta Untuk Bawa kereta ke Thailand
Anda boleh copy dan edit ikut kemahuan anda.Berikut adalah contoh surat:
Nama Pemilik Kenderaan
Alamat Pemilik Kenderaan
TARIKH
To Whom It May Concern
RE: AUTHORIZATION TO VEHICLE PERMISSION
Dear sir,
I (nama pemilik kenderaan) owner of vehicle described below:
- Year : (Tahun kenderaan)
- Plate No : (Nombor plate kenderaan)
- Model : (Jenis Kereta)
- No chasis : (Nombor chasis kenderaan)
Give (nama peminjam kenderaan) , passport number : (nombor passport) authorization to use my (tulis samaada kereta/motor) as above mentioned.
I am attach with photocopy of my identification card for your concern.
Thank you .
Your Sincerely
…………………………………
( nama pemilik )
Pintu Masuk Thailand
Untuk masuk ke Thailand,ada beberapa pintu masuk iaitu:
- Wang Kelian – Perlis
- Padang Besar – Perlis
- Bukit Kayu Hitam – Kedah
- Bukit Berapit – Perak
- Rantau Panjang – Kelantan
Biasanya pintu masuk akan di buka dari 6:00 pagi hingga 10:00 malam.
Jangan lupa,pandu hati-hati semua!