Dokumen Sokongan i-Sinar:cara muat naik untuk Kategori 2 dan tidak lulus kategori 1

0 441

Dokumen Sokongan i-Sinar.Sudahkah anda semak keputusan permohonan iSinar kategori 1  yang telah dibuka?Jika belum boleh buat semakan melalui pautan DISINI.Makluman kepada yang tidak berjaya dalam permohonan ini untuk kategori 1,anda boleh memuat naik  bagi kategori 2 seperti yang diperlukan oleh KWSP.

Anda tidak perlu membuat permohonan semula sebaliknya anda hanya perlu memuat naik dokumen sokongan sahaja melalui portal rasmi i-Sinar.Perlu diingatkan anda boleh memuat naik apabila permohonan di buka 11 Januari ini.

Untuk membuat permohonan i-Sinar bagi kategori 2 anda boleh rujuk pautan DISINI dan dapatkan senaraikan dokumen sokongan i-Sinar KWSP untuk membuat permohonan.

Tarikh untuk Muat Naik Dokumen untuk Kategori 2 dan tidak lulus kategori 1

Jika anda adalah ahli KWSP yang belum lagi membuat permohonan dan jika anda tidak lulus dalam kategori 1,anda boleh memuat naik dokumen sokongan pada tarikh:

11 Januari 2021

dokumen-sokongan i-sinar

Jenis Dokumen Sokongan i-Sinar KWSP

Dokumen Sokongan yang diperlukan untuk Kategori 2 dan tidak lulus kategori 1 ialah:

  1. Slip gaji
  2. Surat pengesahan majikan
  3. Penyata bank
  4. Notis pemotongan Elaun / OT

Antara contoh dan senarai dokumen bukti hilang kerja dan pendapatan terjejas :

  1. Notis diberhentikan kerja daripada majikan
  2. Notis diberi cuti tanpa gaji daripada majikan
  3. Notis potongan gaji daripada majikan
  4. Notis potongan elaun daripada majikan
  5. Notis potongan OT (Elaun kerja lebih masa) daripada majikan
  6. Penyata akaun perniagaan/ laporan pendapatan bulanan (Bagi yang bekerja sendiri)
  7. Surat akuan pengesahan pendapatan (Bekerja sendiri / tidak mempunyai slip gaji)

Tujuan Dokumen Sokongan i-Sinar KWSP

  1. Kelulusan automatik hanya dapat dibuat jika terdapat pengurangan caruman.
  2. Jadi, semakan secara manual akan dilakukan berdasarkan dokumen sokongan yang diberikan.
dokumen-sokongan i-sinar kwsp

Cara muat naik untuk Kategori 2 dan tidak lulus kategori 1

Boleh muat naik dokumen Melalui SEMAKAN STATUS di portal iSinar KWSP bermula 11 Januari 2021.

Antara kelayakan untuk membuat permohonan ialah

  1. Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas.
  2. Ia termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Cara membuat permohonan i-Sinar Kategori 2

Permohonan boleh di portal Rasmi i-Sinar.Boleh ikuti panduan bergambar dibawah ini:

mohon I-Sinar-KWSP-Kategori-2
Panduan cara-mohon-I-Sinar-KWSP-Kategori-2

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan  mengenari pengeluaran Akaun 1 KWSP,boleh hubungi:

  1. Telefon: 03-8922 6000
  2. Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  3. Laman Sesawang: Portal Rasmi KWSP
Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More