Cara membuat pertukaran amaun i-Sinar KWSP 2021

3,566

Pertukaran amaun i-Sinar KWSP.Heboh sebelum ini di media sosial ramai pemohon ahli KWSP yang tersalah memasukkan amaun pengeluaran i-Sinar KWSP.

Namun berita baik untuk anda kerana kini anda boleh membuat permohonan semula untuk membuat pemindahan amaun yang anda salah masukkan bulan pertama dan amaun keseluruhan.

Pengeluaran yang dibenarkan bagi kemudahan i-Sinar ini ialah 10% daripada Akaun 1 mereka dan tertakluk kepada baki minimum adalah RM100.

Pemindaan amaun i-Sinar KWSP

Pengkreditan Bayaran i-Sinar KWSP akan dikreditkan secara berkala sehingga 6 bulan bermula dari tarikh pembayaran pertama dibayar.

Jadual Pembayaran iSinar mengikut kemaskini terbaru

  • Kategori 1: 11 Januari 2021
  • Kategori 2: Pertengahan Februari 2021

Bagi permohonan yang tidak berjaya untuk kategori 1,permohonan untuk kategori 2 boleh dibuat dari 11 Januari 2021.

Ramai yang tersalah memasukkan amaun yang salah kerana tergesa-gesa ketika membuat permohonan apabila baru pertama kali mendaftar untuk i-Sinar KWSP.

Oleh itu, disini kami kongsikan cara untuk anda membuat pertukaran amaun i-Sinar KWSP dengan mengikuti langkah-langkah kami sediakan.

Cara membuat pertukaran amaun

Berikut dua cara yang anda boleh buat untuk membuat pertukaran amaun:

1.Mendapatkan Borang Permohonan Pindaan i-Sinar

Anda boleh hadir ke mana cawangan KWSP anda yang berdekatan untuk anda mendapatkan borang tersebut.

Isikan borang selengkapnya dengan pengiraan amaun yang anda nak dan cop ibu jari serta kembalikan borang tersebut kepada kaunter yang bertugas.

2.Pertukaran Amaun Pengeluaran i Sinar Secara Online

Masuk web rasmi KWSP dengan login i-Akaun KWSP anda di secure.kwsp.gov.my

i-Akaun KWSP

Yang tiada i-Akaun boleh daftar dahulu.Panduan daftar,rujuk SINI

Di bahagian atas, klik ENQUIRY

i-Sinar-KWSP-2021

Kemudian klik i-Sinar

2.pertukaran amaun i-Sinar KWSP 2021

Masukkan maklumat yang diminta di bahagian Enter Feedback Details dan klik NEXT * Pastikan anda masukkan sebab yang jelas di bahagian DETAILS.

3.pertukaran amaun i-Sinar KWSP 2021

Lengkapkan maklumat anda di Enter Personal Information dan klik NEXT

4.pertukaran amaun i-Sinar KWSP 2021

Semak semula maklumat permohonan pertukaran amaun i Sinar anda di bahagian Preview dan klik SUBMIT untuk hantar

5.pertukaran amaun i-Sinar KWSP 2021

Dah hantar permohonan, slip akan diberi. Klik PRINT untuk rujukan anda

6.pertukaran amaun i-Sinar KWSP 2021
Sumber Gambar

Anda juga boleh baca:

Cara membuat Semakan i-Sinar KWSP Akaun 1 (Kategori 1) 2021

Kami sarankan jika anda masih belum membuat permohonan i-Sinar,isi borang dengan penuh cermat dan teliti.Baca dan ikuti semua info-info yang dikehendaki.

Kepada mereka yang masih belum membuat permohonan i-Lestari RM500 sebulan perermohonan masih lagi dibuka.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More