Cara memohon Laporan CCRIS online tanpa ke Bank Negara

Sebelum membuat pinjaman untuk membeli rumah atau kenderaan anda mestilah memastikan rekod anda “Bersih” dalam laporan CCRIS dan CTOS kerana jika bermasalah susah untuk anda mendapat kebenaran untuk membuat pinjaman dari bank.Jadi bagaimanakah untuk anda periksa rekod anda?

Biasanya untuk mendapat rekod anda,anda perlu ke Bank Negara (BNM) tetapi sekarang anda boleh membuat semakan CCRIS secara online dengan mendaftar akaun eCCRIS dari rumah tanpa anda perlu pergi ke kaunter

Apa Itu CCRIS?

Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit, adalah sistem yang di bina oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengeluarkan laporan kredit individu .CCRIS ni adalah pangkalan data yang menyimpan semua rekod permohonan dan menunjukkan gambaran penuh kewangan anda. Laporan CCRIS ni sangat penting untuk menentukan permohonan pinjaman anda diluluskan atau ditolak. 

Terdapat 3 cara untuk dapatkan Laporan CCRIS iaitu :

1.BNM

  • Boleh Ibu Pejabat BNM
  • Isi borang permohonan, Salinan MyKad, dokumen sokongan seperti lesen memandu atau pasport.
  • Boleh juga gunakan kiosk yang disediakan.

2.Surat

  • Melalui pos, emel atau faks kepada BNM TELELINK Bank Negara Malaysia.

3.Permohonan Dalam Talian

Permohonan boleh dibuat di eCCRIS secara percuma

Boleh juga baca: Panduan Semak Senarai Hitam CTOS Dan CCRIS Online

Siapakah yang layak memohon Laporan CCRIS

Berikut adalah individu yang layak memohon Laporan CCRIS:

  • Institusi Kewangan
    • Untuk pelanggan atau bakal pelanggan yang membuat permohonan.
  • Individu
    • Untuk semak laporan sendiri.
  • Agensi kredit berdaftar
    • Agensi yang diluluskan Bank Negara Malaysia Atau sudah dapat persetujuan peminjam
  • Individu untuk report perniagaan sendiri
    • Laporan untuk pemilik tunggal, rakan kongsi atau badan profesional.
  • Syarikat
    • Laporan kredit syarikat

Apakah Maklumat di dalam Laporan CCRIS?

Berikut adalah maklumat yang terdapat dalam sistem laporan CCRIS:

Melalui semakan CCRIS online, anda akan mendapat Laporan Kredit CCRIS yang mengandungi maklumat kredit peminjam seperti berikut:

i) Kredit Belum Berbayar

Semua kemudahan kredit yang diperoleh peminjam, yang masih belum berbayar, sama ada di bawah:

  • nama sendiri;
  • akaun bersama dengan peminjam lain;
  • nama keempunyaan tunggal atau perkongsian yang peminjamnya merupakan pemilik perkongsian atau perniagaan tersebut;
  • nama badan profesional yang peminjamnya merupakan anggota badan profesional tersebut; atau
  • nama syarikat.

Kemudahan kredit yang telah dibayar sepenuhnya dikecualikan daripada laporan kredit.

ii) Akaun Di Bawah Pemerhatian Khas

Semua kemudahan kredit belum berbayar yang di bawah pengawasan rapi institusi kewangan peserta.

iii) Permohonan Kredit

Semua permohonan yang telah diluluskan kepada peminjam dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan permohonan peminjam yang masih dalam proses untuk diluluskan.

Selain CCRIS,CTOS juga adalah sumber maklumat yang digunakan oleh institusi kewangan peserta untuk menilai kepercayaan kredit pemohon atau peminjam.

Sistem Informasi rujukan seperti CTOS (Credit Tip Off Service) juga memaparkan maklumat kewangan anda dengan melaporkan tunggakan hutang dengan pihak pemiutang (bukan dengan bank).

Contohnya;

i. Kedai perabot, barangan elektrik, atau apa-apa barangan bayaran ansuran (contoh : Courts, Singer)
ii. Kedai motor
iii. Bil dengan syarikat komunkasi
iv. Syarikat-syarikat lain di mana anda berhutang dengan bayar secara ansuran atau menjadi penjamin yang tertunggak bayarannya

Cara membuat permohonan Laporan CCRIS Online Tanpa Ke Bank Negara

Rujuk langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan:

1.Permohonan boleh di buat dengan memuat turun Borang Permohonan Laporan Kredit CCRIS di pautan yang sediakan ATAU imbas kod di bawah.

permohonanLaporan CCRIS

2.Isikan borang permohonan dan sediakan dokumen penting berikut:

  • Satu salinan MyKad (depan dan belakang); atau
  • Satu salinan Pasport (jika bukan warganegara Malaysia)
  • Dua dokumen sokongan lain (lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP)

3.Hantar borang permohonan dengan lengkap beserta semua dokumen melalui pautan berikut:

Bank Negara Malaysia CCRIS
Isi maklumat yang diminta dan muat naik borang permohonan yang siap diisi dan dokumen yang diperlukan di bahagian Choose File. Klik Submit.

4.Setelah hantar, anda akan menerima PIN melalui SMS dalam tempoh 3 hari bekerja untuk login eCCRIS kali pertama. Lepas tekan first time login, anda perlu masukkan ID number (12 digit nombor kad pengenalan) dan PIN yang akan dihantar di nombor telefon anda. Boleh download User Guide and FAQs, memang dah lengkap panduannya.

5.Bila dah siap semua di atas, boleh la download laporan CCRIS masing-masing. Dalam laporan ni dia akan tunjukkan maklumat-maklumat penting, seperti tunggakan kalau semua ‘0’ maksudnya pembayaran cantik, kalau ada ‘1’, maknanya ada tunggakan sebulan. Maklumat-maklumat lain, patutnya dah tahu masa mohon pembiayaan.

Boleh juga baca: Cara Buka Akaun Semasa Maybank Dengan Deposit RM500 Tanpa SSM

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi No BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via