Cara buat permohonan temujanji Online bank rakyat

Banyak urusan kewangan anda di lakukan di kaunter Bank Rakyat?Untuk makluman Bank Rakyat menyediakan permohonan temujanji secara online untuk pelanggan mereka sebelum mereka hadir ke kaunter untuk sebarang urusan.

Perkhidmatan Permohonan Temujanji Online Bank Rakyat ini di panggil e-Janji Temu Online Bank Rakyat.Perkhidmatan ini disediakan untuk mengurangkan pelanggan mereka bersesak di kaunter untuk mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19.Orang ramai di nasihatkan untuk tidak hadir ke kaunter untuk sebarang urusan tanpa temujanji.

Jenis Perkhidmatan untuk Temujanji Online

Anda boleh membuat temujanji untuk membuat urusan berikut:

  1. Ar-Rahnu
  2. Transaksi Perbankan

Untuk transaksi perbankan,perkhidmatan berikut ada disediakan:

  1. Pembukaan Akaun: Pembukaan akaun baru Bank Rakyat bagi Akaun Simpanan-i, Semasa-i, Deposit-i Berjangka, iRakyat & iBiz
  2. Pengeluaran / Simpanan: Pengeluaran atau Simpanan bagi akaun Deposit-i Berjangka
  3. Penghantaran Wang (IBG / Rentas / Remittance): Pengiriman wang melalui sistem (IBG/Rentas) di kaunter
  4. Perkhidmatan Tabung Haji: Pembukaan akaun baru Tabung Haji, Proses deposit / pengeluaran akaun, Pindahan wang antara akaun Tabung Haji, Pendaftaran Haji
  5. Permohonan Pembiayaan-i: Permohonan pembiayaan untuk Sewa Beli-i, Perumahan-i, Perusahaan Kecil & Sederhana, Peribadi-i
  6. Permohonan Penyata Akaun: Permohonan untuk penyata akaun simpanan, penyata akaun pembiayaan atau penyata penjelasan akaun pembiayaan
  7. Penggantian Kad Debit-i: Proses penggantian Kad Debit-i boleh dibuat sekiranya kad rosak, kad hilang/dicuri, terlupa nombor pengenalan persendirian atau tersilap menghubungkan nombor akaun
  8. Susulan Kredit (Bayaran Ansuran / Perundingan): Bayaran ansuran pembiayaan atau sebarang khidmat nasihat / rundingan dengan pihak bank
  9. Deposit Syiling: Perkhidmatan deposit duit syiling (hanya terdapat di cawangan tertentu sahaja)

Anda juga boleh baca: Cara Buka Akaun Semasa Maybank Dengan Deposit RM500 Tanpa SSM

Cara Buat Temujanji Online Bank Rakyat

Berikut adalah panduan permohonan untuk membuat temujanji secara di atas talian untuk Bank Rakyat:

  1. Pergi ke laman web https://appointment.bankrakyat.com.my/new
  2. Pilih negeri anda dan klik Next Step
roses e-Temujanji online Bank rakyat

3.Pilih Kaunter Cawangan Bank Rakyat yang ingin anda kunjungi.

ank rakyat permohonan online temujanji

4.Pilih tarikh dan masa temu janji, klik Next Step

emujanji secara online bank rakyat

5.Sertakan Butiran Diri anda dengan lengkap pada ruangan yang disediakan.

Online temujanji bank rakyat

6.Semak semula semua butiran temujanji dan buat pengesahan di bahagian Confirmation.
7.Cetak atau simpan slip janji temu anda untuk rujukan pada hari temu janji nanti atau anda boleh tangkap layar (screen shot) atau mesej temujanji apabila berkunjung ke kaunter Bank Rakyat

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan makluman lanjut,anda boleh hubungi saluran-saluran yang disediakan berikut:

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via