Semakan Baki Pinjaman Kereta CIMB Online dan Manual

Baki Pinjaman Kereta CIMB.Loan Kereta atau pinjaman kereta adalah salah satu cara popular untuk orang awam memiliki kereta idaman mereka. Walaupun begitu, dengan perancangan dan langkah yang salah, ia boleh menjejaskan perbelanjaan dan membebankan kewangan anda.

Jika anda pernah membuat pinjaman kereta dengan CIMB Bank,pernahkah anda membuat semakan baki anda??Setiap bulan anda bayar,mesti nak tahukan berapa baki pinjaman anda?

Untuk makluman,anda boleh semak baki pinjaman anda secara online dan melalui Kaunter CIMB sahaja.Cukup mudah!Jom kami kongsikan cara untuk anda buat semakan di bawah.

Cara Semak Baki Pinjaman kereta CIMB

Berikut di kongsikan langkah-langkah untuk membuat semakan:

1.Semakan Online

Semakan melalui online boleh di buat melalui Laman Rasmi CIMB Clicks di pautan berikut: https://www.cimbclicks.com.my/

Langkah-langkah semakan boleh di lihat seperti berikut:

  1. Layari laman CIMB Clicks di pautan https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Log masuk akaun CIMB anda
  3. Di Bahagian menu, klik “My Accounts”
  4. Pada halaman My Accounts Overview, lihat pada bahagian Loans/Financing
  5. Perhatikan mombor pinjaman pembiayaan kereta anda
  6. Baki pinjaman kereta berada di sebelah nombor akaun anda.Itu Sahaja!

Semakan online juga anda boleh disemak di aplikasi CIMB Clicks.Jika belum daftar lagi,rujuk Cara Daftar CIMB Clicks

Langkah-langkah semakan boleh di lihat di bawah:

  1. Log masuk akaun CIMB anda melalui aplikasi di telefon pintar anda
  2. Pada menu, klik pada Accounts
  3. Kemudian, pilih My Account
  4. Kemudian, pilih Loans
  5. Pada halaman seterusnya, baki pinjaman pembiayaan keret anda bersama CIMB Bank akan dipaparkan.Siap!

Boleh juga baca:Cara Semak Baki Loan kereta MayBank

2.Semakan manual(hadir ke kaunter CIMB Bank)

Untuk membuat semakan manual,anda perlu hadir ke kaunter .Proses semakan secara manual adalah seperti di bawah:

  1. Hadirkan diri ke cawangan CIMB yang berhampiran dengan anda.
  2. Nyatakan sebab anda hadir ke bank ke pegawai bank yang jaga kaunter dan ambik No giliran anda
  3. Kemudian,tunggu no giliran anda di panggil
  4. Beritu tujuan anda ke bank kepada pegawai di kaunter yang panggil anda
  5. Pegawai tersebut akan membuat semakan di sistem mereka dan akan maklumkan kepada anda.Itu Sahaja!

Pergi ke kaunter sebenarnya agak leceh sebab kena beratur dan mengambil masa.Jika anda boleh buat semakan online,baik anda semak sendiri sahaja secara online.

*Makluman:Buat masa ini juga, pihak CIMB tidak menyediakan kemudahan semakan baki loan melal khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via