Format Surat kebenaran menghantar barang COD barang untuk peniaga

Estimated reading time: 2 minutes

Format Surat kebenaran menghantar barang.Anda dah ada ke Format Surat kebenaran menghantar barang Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Terkini kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri yang dijadual tamat pada Selasa depan kepada 4 Februari 2021.Format Surat kebenaran diperlukan bagi mengelakkan ada pihak yang keluar tanpa sebab munasabah.

Untuk kakitangan awam, surat untuk kebenaran di keluarkan oleh pihak jabatan masing-masing manakala swasta pula boleh diambil dari majikan masing-masing

Format Surat kebenaran menghantar barang COD PKP

Adakah ada format khusus untuk menulis Surat kebenaran menghantar barang COD untuk peniaga dalam tempoh PKP ini? Setakat ini tiada surat rasmi yang disediakan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara(MKN) berkaitan surat ini.

Namun jenis surat rasmi boleh digunakan untuk membuat permohonan rasmi untuk mendapat kebenaran/pelepasan untuk COD barang.

Boleh juga baca: Contoh Format Surat Pelepasan Bekerja Dan Kebenaran Rentas Negeri PKPB

Berikut adalah contoh Format Surat kebenaran menghantar barang sepanjang tempoh PKP,anda hanya perlu edit di bahagian yang anda mahu.

Nama:

Alamat:

No Telefon:

____________________________________________________________

Kepada Ketua Polis Daerah XXX (Bahagian ini penting untuk diisi mengikut daerah masing-masing)

Tuan/Puan

SURAT PELEPASAN PERJALANAN SEPANJANG TEMPOH KAWALAN PERGERAKAN (COD BARANG)

Merujuk kepada perkara diatas, saya merupakan wakil bagi penghantaran barangan runcit (barang xxx) kepada pelanggan kami.

  1. Disini saya sertakan butiran peribadi bagi kegunaan pihak tuan/puan:

Nama:

No K/P:

No Pendaftaran Kereta:

Tarikh:

Masa:

Kawasan Penghantaran:

  1. Pihak kami amat berbesar hati agar pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini.
  1. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

……………………………….

(Nama)


Maklumat Penting:

*Pastikan surat pelepasan harus diprint dan tidak boleh pakai tangan.

*Pastikan mendapat cop pengesahan di Pejabat Polis Daerah anda

Dengan surat pelepasan perjalanan ini dah tentu urusan anda akan lebih mudah.

Muat turun percuma Format Surat kebenaran

Kepada peniaga yang masih lagi belum mempunyai surat pelepasan ini anda boleh muat turun melalui pautan di bawah dan edit mengikut keperluan anda.

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via