Nikah Siam/Thailand:Cara Daftar di Malaysia,Proses dan Denda

Nikah Siam atau nikah di Thailand merupakan pilihan terakhir bagi mereka yang terdesak untuk berpoligami atau tidak mendapat restu dari kedua belah keluarga.Ada juga adalah mangsa penipuan namun yang paling ketara adalah Perkahwinan lelaki dengan gadis muda.

Tambahan lagi,kos dan prosedur nikah di sana adalah lebih mudah dan murah berbanding di Malaysia.Sekiranya anda berniat atau berhajat untuk berkahwin disana anda perlu tahu proses dan dokumen yang perlu dan cara untuk daftar perkahiwnan di Malaysia nanti.Pastinya ada kadar denda yang akan dikenakan.

Cara dan Proses Nikah Di Thailand

Unutk makluman di sana ada beberapa Majlis Agama Islam di selatan thailand yang dapat pengiktirafan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menguruskan perkahwinan untuk pasangan kita iaitu:

  • Satun
  • Songkhla
  • Pattani
  • Narathiwat
  • Yala
  • Phattalung

Untuk proses Nikah Siam,boleh rujuk di bawah:

  • Ambil kira perkara berikut dalam memilih tarikh untuk nikah di Thailand.
    • Pejabat Agama Songkhla ditutup setiap Jumaat
    • Konsulat Malaysia ditutup setiap Sabtu dan Ahad
    • Kalau Malaysia cuti, Konsulat Malaysia pun cuti
    • Untuk cuti Thailand tertentu, Konsulat Malaysia pun cuti
  • Apa yang perlu dibawa ke thailand
    • Pas Sempadan (penduduk Kedah, Perlis, Kelantan, Hulu Perak sahaja) atau Pasport
    • Kad Pengenalan
    • Surat cerai yang asal (janda sahaja)
    • Surat kematian suami yang asal (balu sahaja)
    • Surat atau kad mualaf (mualaf sahaja)
    • Visa dari kedutaan Thailand (warga asing dari negara tertentu sahaja)
    • Kamera atau fon yang boleh rakam video akad nikah (untuk perbicaraan di mahkamah bila balik nanti)
  • Dokumen Pendaftaran Nikah di Thailand
    • Semua dokumen dari Pejabat Agama di Thailand perlu disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla
    • Dokumen dari Thailand yang tak ada pengesahan Konsulat akan dianggap sebagai dokumen palsu oleh Mahkamah Syariah di Malaysia
    • Senarai dokumen yang diperlukan mungkin berbeza sedikit dari satu negeri ke satu negeri. Dapatkan senarai terkini dari Pejabat Agama di tempat tinggal sendiri.
    • Berikut adalah senarai dokumen untuk pendaftaran perkahwinan di Selangor, bagi perkahwinan yang berlangsung di luar Malaysia, termasuk untuk daftar nikah di Thailand.

Perkahwinan ini dilakukan di pejabat Majlis Agama Islam enam wilayah yang disebutkan di atas sahaja.Anda akan dapat surat nikah dan surat pengesahan nikah tidak lebih dari 2 jam selepas berkahwin.

Keesokkan harinya anda akan di bawa ke pejabat konsulat Malaysia unut mengambil surat pengesahan nikah.Surat ini penting untuk anda daftar nikah di Malaysia nanti

Baca Juga: Sijil Nikah Hilang?Ini Cara Mohon Baru!

Kesalahan dan Kadar Bayaran Denda Nikah Di Siam

Selepas bernikah di Thailand , pasangan perlu datang ke:

  • Mahkamah Rendah Syariah bagi pernikahan pertama
  • Mahkamah Tinggi Syariah bagi kes poligami

Ini untuk proses daftar nikah di Malaysia dan pengesahan nikah luar negara.Kemudian untuk proses bicara dan mahkamah akan keluarkan surat untuk tujuan pendaftaran.

Mahkamah Syariah boleh kenakan tindakan Kesalahan bernikah di Thailand di atas sebab :

  • Nikah di luar mukim tanpa kebenaran
  • Poligami tanpa kebenaran
  • Daftar lambat (selepas 6 bulan)

Pastinya anda akan dikenakan denda.Biasanya kadar denda ialah:

  • pasangan yang nikah di Thailand tanpa kebenaran boleh dikenakan hukuman denda tak lebih dari RM1,000 seorang, atau penjara tak lebih dari 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.
  • Untuk kes perkahwinan pertama adalah sekitar RM300-RM700 seorang
  • Untuk kes poligami pula adalah sekitar RM700-RM1000 seorang

Cara daftar Nikah Siam Di Malaysia

Berikut adalah cara daftar nikah Di Siam/Thailand:

  • Setelah balik ke Malaysia dengan dokumen lengkap (termasuk surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla), pergi ke Pejabat Agama Islam berhampiran dan mohon borang pendaftaran nikah luar negara.
  • Pegawai yang memberikan borang itu akan menjelaskan apa yang harus dilakukan, termasuk salinan dokumen yang perlu dikepilkan bersama borang permohonan itu.
  • Diantara dokumen yang perlu ialah
    • Surat nikah
    • Surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam di Siam
    • Gambar bersdama jurunikah dan saksi
    • Surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla
    • Keputusan ujian HIV
    • Sijil pra-perkahwinan (bagi pernikahan kali pertama)
    • Salinan surat nikah/cerai terdahulu (jika ada)
    • Beberapa dokumen lain yang berkaitan
  • Pendaftar nikah akan semak semua dokumen itu, dan kes akan dibawa ke mahkamah syariah untuk perbicaraan pengesahan nikah.
  • Setelah selesai proses mahkamah dan selepas dibayar apa-apa denda yang dikenakan, pernikahan itu akan didaftarkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,Anda boleh berhubung dengan pejabat Agama Islam masing-masing.

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via