Estimated reading time: 3 minutes
Status Permohonan SPA9.Dah daftar akaun SPA9 dan pernah mempunyai Akaun SPA8i? Setelah sistem permohonan kerja dalam Perkhidmatan Awam dinaik taraf ke sistem baharu, kini anda sudah boleh menggunakan sistem SPA9 untuk pendaftaran pekerjaan.
Anda boleh juga baca:
Daftar Akaun SPA9 & Dapatkan ID Baru Jika Ada Akaun SPA8i
Jika anda sudah memohon,anda perlu tahu Status Permohonan anda selepas membuat permohonan.Setiap jenis dan status yang dipaparkan adalah berbeza-beza bagi setiap pemohon.Tentu anda keliru kan?Jom dibawah kami kongsikan setiap jenis dan status semasa permohonanan
Maksud Status Permohonan SPA9
Berikut adalah status-status permohonan yang perlu anda tahu:
Tidak Berjaya Peperiksaan Yang Diwajibkan
Dah jawab peperiksaan yang patut anda ambik pada tarikh yang ditetapkan oleh SPA? Jika anda gagal peperiksaan yang diambil, status di SPA anda akan dipaparkan “Tidak berjaya Peperiksaan Yang Diwajibkan”.

Tidak Hadir Peperiksaan/ Assesment Centre
Tidak Hadir Peperiksaan ini bermaksud anda tidak menduduki peperiksaan seperti yang telah dijadualkan dan makluman melalui email. Sebab anda sentiasa memeriksa email anda pabila melepasi syarat yang ditetapkan. kalau tidak mahu terlepas peluang,sentiasalah periksa email anda

Melepasi Syarat-Syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya
Untuk status permohonan “Melepasi Syarat-Syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya”, ini bermaksud anda memenuhi kelayakan jawatan yang anda mohon sesuai dengan kelayakan anda.
Di peringkat ini,anda hanya perlu tunggu makluman dari SPA tentang jadual peperiksaan anda melalui emel. Semak email anda supaya anda tidak terlepas pandang dengan makluman tarikh peperiksaan anda

Tidak Melepasi Tapisan Semasa Yang Ditetapkan
Untuk status ini bermaksud kelayakan calon tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kementerian atau jabatan yang dipohon contohnya dari segi bidang pengkhususan,atau lain-lain yang berkaitan
Pemohon dinasihatkan supaya memohon pekerjaaan bersesuaian dengan kelayakan pemohon.

Kesimpulan
Berikut adalah beberapa contoh status permohonan yang mungkin ditunjukkan dalam sistem SPA9:
- Permohonan Berjaya Dihantar: Status ini akan dipaparkan setelah pemohon mengisi dan menghantar permohonan melalui portal SPA9. Pemohon akan diberikan slip akaun pendaftaran permohonan sebagai bukti permohonan telah berjaya dihantar.
- Dalam Proses Tapisan: Permohonan akan berada dalam status ini sekiranya pemohon telah melepasi tapisan awal dan sedang dalam proses penilaian untuk dipanggil ke peringkat seterusnya seperti peperiksaan atau temuduga.
- Gagal Tapisan: Status ini akan diberikan jika pemohon tidak memenuhi syarat-syarat tapisan yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi berkaitan.
- Lulus Peperiksaan/Ujian: Pemohon akan berada dalam status ini sekiranya berjaya menduduki peperiksaan atau ujian yang dijalankan dan layak dipanggil untuk temuduga.
- Gagal Peperiksaan/Ujian: Status ini akan diberikan jika pemohon tidak berjaya dalam peperiksaan atau ujian yang ditetapkan.
- Dalam Proses Temuduga: Pemohon yang telah dipanggil untuk sesi temuduga akan berada dalam status ini.
- Lulus Temuduga: Status ini akan diberikan kepada pemohon yang berjaya dalam sesi temuduga yang dijalankan.
- Gagal Temuduga: Pemohon yang tidak berjaya dalam sesi temuduga akan diberikan status ini.
- Calon Simpanan: Pemohon yang berjaya dalam keseluruhan proses pemilihan akan disenaraikan sebagai calon simpanan. Status ini akan menunjukkan kedudukan atau ranking calon simpanan tersebut.
Pemohon boleh menyemak status permohonan terkini melalui menu “Semakan Permohonan” -> “Status Permohonan” -> “Status Permohonan Semasa” di portal SPA9
Tahniah kepada yang berjaya.
.
