Skim Perubatan Madani (SPM) merupakan salah satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).
Skim Perubatan MADANI, Manfaat Kesihatan Rakyat!
Skim ini diberikan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah B40 bermula 15 Jun 2023
Apa itu Skim Perubatan Madani?
Skim ini adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut)
Secara dasar, di bawah skim tersebut, penerima STR dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah
Fasa rintis ini akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).
Jenis Rawatan Percuma
Berikut merupakan jenis rawatan percuma di dalam skim tersebut:
- Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
- Demam dan selsema
- Cirit-birit dan muntah
- Terseliuh
- Sakit kepala
- Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain
- Rawatan yang tidak termasuk adalah:
- Imunisasi rutin
- Saringan kesihatan
- Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
- Rawatan susulan ibu dan anak rutin
- Perancangan keluarga rutin
- Perkhidmatan rehabilitasi
- Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
- Permintaan suplemen
Kategori (bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah) | Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung (RM) |
---|---|
Isi Rumah Berkeluarga | RM250 |
Warga Emas (tanpa pasangan) – 60 tahun ke atas | RM125 |
Bujang – 21-59 tahun – 19-59 tahun (bujang berstatus OKU) | RM75 |
Lokasi Rawatan Percuma
Lokasi Program Rintis ini akan bermula dari 10 daerah yang terlibat sepert berikut:
- Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor),
- Kuala Lumpur,
- Kinta (Perak),
- Timur Laut (Pulau Pinang),
- Johor Bahru (Johor),
- Kota Kinabalu (Sabah) dan
- Kuching (Sarawak)
Kelayakan Permohonan
Kelayakan adalah di ambil dari penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang
Kelayakan adalah secara automatik.Paling penting,mereka yang layak WAJIB buat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.
Semakan kelayakan
Untuk membuat semakan kelayakan,anda boleh semak secara online melalui pautan berikut:
https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/
Projek rintis ini melibatkan klinik di daerah yang terpilih mulai 15 Jun 2023.
Untuk lokasi boleh klik senarai klinik untuk semakan.
Cara untuk dapatkan Skim Perubatan Madani
Berikut adalah proses untuk mohon skim ini:
- Langkah 1, Semak Kelayakan: Semak kelayakan anda di pautan https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/
- Langkah 2, Hadir Ke Klinik: Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat khas) dengan membawa kad pengenalan. Senarai Klinik
- Langkah 3, Terima Rawatan: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.
- Langkah 4, Baki Manfaat: Had manfaat anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.
*Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang.
TEMPOH SAH LAKU INISIATIF pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah: