Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan Program Bantuan untuk Rakyat berbentuk wang tunai dari kerajaan dan biasanya di umumkan ketika pembentangan Bajet.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 akan diteruskan lagi setelah PM membuat pengumuman melalui bajet 2024 di bawah Kementerian Kewangan dan akan terus ditambah baik.Melalui bajet tersebut,kerajaan Sumbangan Tunai Rahmah akan ditingkatkan peruntukannya kepada RM10 bilion (2023: RM8 bilion).
Kadar maksimum STR meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700.Kadar minimum STR iaitu untuk golongan bujang juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.
Permohonan baru sudahpun dibuka bermula 1 November 2023.Permohonan baharu dibuka bagi bagi memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data Kerajaan dapat mengemukakan permohonan selain membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian.
Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024?
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup
STR merupakan sebuah program Bantuan Tunai B40 yang sebelum ini di kenali BSH, BPN, BPR dan BKM.dan untuk tahun 2023 dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 serta terbaru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Kelayakan Permohonan
Pemohon layak memohon STR 2024 sekiranya memenuhi kategori kelayakan
seperti berikut:
a. Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
b. Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
c. Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Tarikh Permohonan Baru STR 2024
Untuk makluman permohonan baru sudah pun di buka bermula 1 November 2023 dan di buka sepanjang tahun berbanding sebelum ini sekali setahun(2023)
Ini Bermaksud Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Kaedah pelaksanaan Permohonan STR secara sepanjang tahun adalah seperti jadual di bawah:
Bil | Tarikh Penghantaran Borang Permohonan (Dalam Talian dan Borang Kertas) | Tarikh Pembayaran |
1. | 1 November 2023 – 30 November 2023 | 29 Januari 2024 |
2. | 1 Disember 2023 – 29 Februari 2024 | 03 April 2024 |
3. | 1 Mac 2024 – 30 Jun 2024 | Ogos 2024 |
4. | 1 Julai 2024 – 30 September 2024 | November 2024 |
Kadar Bayaran STR 2024
Kadar bayaran adalah bergantung kepada kelayakan anda.Berikut adalah pembayaran yang akan di terima:
Pendapatan | Kadar STR 2024 | |||
Isi Rumah | Anak ≥ 5 | Anak 3 – 4 | Anak 1 – 2 | Anak 0 |
≤ RM2,500 | RM2,500 | RM2,000 | RM1,500 | RM1,000 |
RM2,501 – RM5,000 | RM1,250 | RM1,000 | RM750 | RM500 |
Warga Emas Tiada Pasangan | ||||
≤ RM5,000 | RM600 | |||
Bujang | ||||
≤ RM2,500 | RM350 |
Kadar Tambahan STR melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:
Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | |
Kategori Penerima | Kadar Sumbangan |
Penerima STR berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM | RM1,200 (RM100 sebulan) |
Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM | RM300 |
Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM | RM150 |
Fasa Pembayaran STR 2024
Berikut adalah fasa pembayaran yang telah di tetapkan:
Bil. | Fasa Pembayaran | Tarikh Bayaran |
1 | Fasa 1 | 29 Januari 2024 |
2 | Fasa 2 | 03 April 2024* |
3 | Fasa 3 | Ogos 2024* |
4 | Fasa 4 | November 2024* |
Berikut adalah jumlah bayaran bagi setiap fasa:
a. Kategori Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (tiada had umur) | |||||
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
0 | 1,000 | 500 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
1 – 2 | 1,500 | 500 | |||
3 – 4 | 2,000 | 500 | |||
≥5 | 2,500 | 500 |
b. Kategori Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (tiada had umur) | |||||
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
0 | 500 | 100 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
1 – 2 | 750 | 150 | |||
3 – 4 | 1,000 | 250 | |||
≥5 | 1,250 | 300 |
c. Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan
Pendapatan Bujang ≤ RM2,500 (Berumur 21 – 59 tahun / OKU Berumur 19 – 59 tahun) | ||||
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
350 | 100 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000 (Berumur ≥ 60 tahun) | ||||
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
600 | 150 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
Siapa yang Perlu buat Permohonan Baru dan kemaskini Permohonan?
Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baru ialah:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Pemohon yang perlu membuat Kemaskini Permohonan ialah:
- Tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbangkan;
- perlu mengemas kini permohonan sekiranya mempunyai perubahan jika permohonan anda wujud di portal STR
Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.
Cara Membuat Permohonan Baru STR 2024
Untuk membuat permohonan baru terdapat dua kaedah yang telah ditetapkan iaitu:
Permohonan Secara Dalam Talian
- Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit
* Aplikasi ini tidak tersedia pada platform IOS
b. Permohonan Manual Melalui Borang
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
- Portal Rasmi STR ; atau
- Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL
Borang permohonan yang telah lengkap disi beserta dokumen sokongan boleh di hantar :ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
b. Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat seperti berikut:
Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA
Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Boleh Muat Turun Borang Manual Disini
Dokumen Sokongan
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan:
Pemohon:
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau
- Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2024
b. Pasangan:
- Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
- Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
c. Anak:
- Anak Kandung
- Salinan Sijil Lahir; dan
- Salinan MyKad / MyKid
- Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid; dan
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat HASiL ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.
Jadual perkhidmatan kaunter STR di LHDN adalah seperti berikut:
- Pejabat HASiL : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
- Kaunter Setempat HASiL UTC : Berdasarkan waktu kaunter setempat UTC HASiL
*NOTA: Kaunter STR tidak dibuka pada cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti negeri (bagi negeri yang terlibat)
Kaedah Bayaran
Kaedah bayaran adalah seperti berikut
a. Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan. b. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
i. Tiada maklumat akaun bank
ii. Status pengkreditan gagal kredit
Cara Semak Status Permohonan
Untuk membuat semakan status permohonan anda ,anda boleh rujuk melalui:
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau d. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran
Cara Semak adalah seperti berikut:
Semakan boleh dibuat seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status Permohonan
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Berikut adalah contoh semakan status LULUS dan DALAM PROSES:
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh rujuk:
- Soalan Lazim FAQ STR 2024 di bawah:
- Talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.