Guru Kafa:Cara Mohon,Syarat kelayakan dan Permohonan setiap Negeri

Guru Kafa merupakan istilah yang di gunakan untuk guru-guru yang mengajar dalam program KAFA (Kelas Agama dan Fardhu Ain) di Malaysia. Program KAFA adalah program pendidikan agama Islam yang dijalankan oleh JJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Program ini bertujuan untuk memberikan pendidikan agama Islam kepada pelajar-pelajar yang beragama islam

Guru-guru KAFA adalah mereka yang memiliki kelayakan dan pelatihan khusus dalam mengajar mata pelajaran agama Islam. Mereka mengajar pelbagai aspek agama Islam, termasuk membaca Al-Quran, menghafal doa, memahami aqidah (keyakinan), dan melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan agama Islam.

Program KAFA biasanya dijalankan di luar waktu sekolah biasa,ini membolehkan mereka mendapat pendidikan agama Islam tambahan selain dari pendidikan formal di sekolah.

Apa itu KAFA?

KAFA ialah kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain bermula Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan mengguna pakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan mengikut jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kelas ini adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asas-asas Fardhu Ain.\

Syarat Kelayakan Permohonan Guru KAFA

Syarat asas kelayakan yang telah di tetapkan ialah:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Sihat tubuh badan dan disahkan oleh Pengamal Perubatan atau Pergigian Berdaftar;
  4. Pemohon memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kelulusan berikut:
    • Kepujian dalam Bahasa Melayu (sekurangnya Gred C).
    • Merupakan lepasan Sekolah Menengah Agama atau Sekolah Menengah Kebangsaan dengan kepujian dalam Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah.
    • Berpengetahuan dalam bacaan Al-Quran dan tulisan jawi; dan
    • Lulus bagi subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).

NOTA: Syarat khusus tertakluk kepada Jabatan Agama Islam bagi negeri masing-masing

Boleh juga baca: Cara Mohon Kerja SPA9 Pegawai Imigresen

Kadar Bayaran Elaun

Elaun guru KAFA akan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM. Selain itu, caruman KWSP yang ditetapkan adalah 9% dan caruman PERKESO pekerja yang dipotong daripada elaun pekerja

Cara Mohon Guru KAFA

Permohonan boleh di buat melalui pautan yang di sediakan di bawah jika terdapat kekosongan:

Tarikh Tutup permohonan adalah mengikut Tawaran Jawatan kosong yang ditawarkan pada setiap negeri.

Panduan Permohonan

Berikut adalah panduan permohonan yang anda boleh ikuti:

  • Klik pada pautan Jabatan Agama Islam Negeri anda
  • Klik pada pautan permohonan Guru Kafa (akan dibuka sekiranya terdapat tawaran kekosongan)
  • Isi borang permohonan dengan lengkap.
  • Pastikan semua maklumat permohonan diisi.
  • Muat naik dokumen yang diperlukan.
  • Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan..

Ujian Kelayakan

Pemohon yang layak untuk menduduki Ujian Kelayakan Guru KAFA Kedah (Online) yang akan dimaklumkan melalui email dalam tempoh 7 hari selepas tarikh tutup permohonan (tertakluk kepada perubahan).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut,boleh melalui saluran berikut:

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via