Anda tahu kadar Fidyah untuk bayar tahun ni?Belum sempat ganti puasa bulan ni dan bulan sebelumnya?
Fidyah ialah denda yang dikenakan bagi seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Ramadan tahun berikutnya.
Kadar Fidyah adalah berbeza mengikut negeri.Tetapi ianya berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah mengikut tempat.
Sebelum itu,tahukah anda kadar bayaran dan cara bayar online untuk fidayah bagi setiap negeri jika anda belum sempat ganti puasa?Atau anda tidak pasti sama ada kena bayar atau tidak?
Apakah maksud Fidyah?
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah BALIGH kerana meninggalkan puasa WAJIB atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada) Ramadan.
Sekiranya tidak dilaksanakan, ia akan menjadi satu tanggungan atau hutang kepada Allah SWT.
Dalil Pensyariatan Fidyah
i) Al-Quran
Firman Allah SWT:
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Yang bermaksud: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 184)
ii) Al-Hadis
Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا
Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Cara Bayar Online dan Kadar Bayaran Fidyah Setiap Negeri
Berikut adalah kadar bayaran dan pautan bayaran online setiap negeri:
- Kedah: RM1.80
- Gandaan : Pilihan atas kemampuan
- Kalkulator online & Bayaran online: http://www.maik.gov.my/
- Perlis: RM5.00
- Gandaan : Tidak dikenakan
- Kalkulator online
- Bayaran online : https://www.maips.gov.my/ (Bayaran bank melalui bank transfer)
- Pulau Pinang: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Kalkulator online : http://zakatpenang.com/zpp/ppzakat/fidyah.php
- Perak: RM1.90
- Gandaan : Ya
- Kalkulator Online : https://fidyah.maiamp.gov.my/
- Selangor: RM2.00 (*RM2.00 / RM4.00 / RM6.00 ikut jenis beras dimakan)
- Gandaan : Ya
- Kalkulator online : https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/fidyah/
- Wilayah Persekutuan: RM4.00
- Gandaan : Pilihan Ikut Kemampuan
- Kalkulator Online : https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah
- Negeri Sembilan: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Kalkulator online : https://www.mains.gov.my/fidyah/fidyah.php
- Melaka: RM1.80
- Gandaan: Ya
- Kalkulator Online : https://fidyah.maim.gov.my/
- Johor: RM1.75 (*Kadar RM1.75 / RM3.25 ikut jenis beras dimakan)
- Gandaan : Ya
- Laman web: https://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah
- Pahang: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Kalkulator Online : https://zakatpahang.my/fidyah/
- Terengganu: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Kalkulator Online : http://app2.maidam.gov.my/sistemfidyah/index.php
- Kelantan: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Kalkulator online : https://zakat.e-maik.my/v8/kalkulator/kira_fidyah.php
- Sarawak: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Sabah: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Kalkulator Online : https://baitulmal.sabah.gov.my/kalfid.php
Cara Kira Kadar Fidyah
Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak
Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat.
Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.
Bagi mengira fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar.
Apa itu Gandaan Fidyah?
Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.
Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2016 (1437 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2017 (1438 H) sehingga 2022 (1443 H).
Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:
Tahun pertama 1437 H hingga 1438 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadhan berikutnya.
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar
Contoh Situasi pengiraan Fidyah
Situasi 1
Fatimah belum menggantikan puasa sehingga memasuki Ramadan berikutnya pada tahun 1439H (2018).
Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]
7hari x RM4.00 = RM28.00
Situasi 2
Fatimah belum menggantikan puasa sehingga memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun berikutnya. Beliau tidak berpuasa pada Ramadan 1438H (2017) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1441H (2020). Fatimah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau.
Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]
(7hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00
Keterangan :
Justeru kiraan akan bermula dari tahun 1439H hingga 1441H = 3 tahun. Tahun pertama yang bermula dari 1438H hingga 1439H tidak termasuk dalam kiraan fidyah kerana masih dalam tempoh puasa boleh digantikan dan belum memasuki Ramadan yang berikutnya.
Sumber situasi di ambil dari PPZ MAIWP
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan Maklumat Lanjut,boleh layari: