Estimated reading time: 3 minutes
PERKESO Covid 19.Untuk makluman,pekerja yang berdaftar dan mencarum di Perkeso yang di sahkan keputusan mendapat jangkitan Covid 19 di tempat kerja atau berkaitan kerja boleh membuat tuntutan atau permohonan Faedah Hilang Upaya Sementara yang disediakan di bawah Skim Bencana Kerja.
Untuk membuat tuntutan permohonaan faedah,terdapat syarat-syarat yang di kenakan.Jom kami kongsikan cara permohonan dan syarat-syarat di bawah.
Skim Bencana Kerja: Faedah PERKESO Covid 19
Untuk makluman,pencarum yang di jangkiti Covid 19 layak dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan yang menyediakan faedah berikut :
- Faedah Perubatan
- Faedah Hilang Upaya Sementara
- Faedah Hilang Upaya Kekal
- Elaun Layanan Sentiasa
- Kemudahan Pemulihan
- Faedah Orang Tanggungan
- Faedah Pengurusan Mayat
- Faedah Pendidikan
Bagi pencarum yang dijangkiti COVID-19 bukan berpunca dari pekerjaannya dan telah menyebabkan keuzuran yang berkekalan dan tidak berupaya bekerja semula termasuk kematian, perlindungan disediakan di bawah Skim Keilatan yang meliputi faedah berikut:
- Pencen Ilat
- Bantuan Ilat
- Elaun Layanan Sentiasa
- Kemudahan Pemulihan
- Pencen Penakat
- Faedah Pengurusan Mayat
- Faedah Pendidikan
Boleh juga baca: Bantuan pekerjaan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan selama 6 bulan
Jumlah Pembayaran Faedah
Pembayaran faedah Hilang Upaya Sementara di kira 80% daripada gaji harian purata anggaran pekerja.
Manakala kadar minimum adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM105.33 sehari.

Syarat untuk membuat tuntutan
Berikut adalah syarat-syarat yang telah di tetapkan:
- Masih bekerja
- Aktif sebagai pencarum Socso
- Yang paling penting dijangkiti Covid-19 di tempat kerja atau dalam kerja
Cara Tuntut Faedah PERKESO Covid 19
Tuntutan boleh di lakukan secara online dan manual.Berikut adalah cara-cara untuk permohonan tuntutan :
1.Tuntutan secara online
Majikan boleh mengemukakan tuntutan bagi pekerja yang dijangkiti Covid-19 melalui Portal Faedah ( https://www.perkeso.gov.my/tuntutan-faedah-berkaitan-covid-19.html ) atau boleh mengemukakan borang secara manual ke Pejabat PERKESO yang berhampiran untuk siasatan bagi penentuan kes Bencana Pekerjaan.
Majikan boleh login Portal Faedah di sini: https://faedah.perkeso.gov.my/
Portal ini untuk pihak majikan dalam menguruskan tuntutan pekerja tempatan (warganegara, penduduk tetap dan penduduk sementara).
Borang tuntutan boleh di dapati melalui pautan berikut:
Untuk panduan mengisi Borang 34 PERKESO,boleh rujuk link di bawah:
Panduan_Mengisi_Borang_34Ver_Feb_2019
2.Tuntuan secara Manual
Untuk permohonan secara manual,permohonan boleh di buat dengan mengemukakan borang-borang berikut:
- Butiran Notis dan Tuntutan Faedah – Borang 34
- Salinan Kad Pengenalan Pekerja (depan & belakang)
- Sijil Cuti Sakit Asal / Borang 13 (Klinik Panel)
- Salinan Rekod Kedatangan / Kad Perakam Waktu bulan kemalangan (disahkan oleh majikan) atau Surat Pengesahan Majikan (yang mengesahkan orang berinsurans hadir bertugas pada hari kemalangan jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu)
- Laporan Polis (sekiranya melibatkan kemalangan jalanraya)
- Salinan muka hadapan buku akaun bank / penyata akaun simpanan pengesahan dijangkiti Covid-19 daripada KKM/ Salinan Aplikasi MySejahtera
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Laman Rasmi : https://www.perkeso.gov.my/tuntutan-faedah-berkaitan-covid-19.html
Khidmat Pelanggan :1-300-22-8000
Sila Join Telegram Rasmi MyHebahan Supaya Tidak Terlepas Segala Hebahan. Klik Pautan Di Bawah
| JOIN TELEGRAM | LINK PAUTAN |
| Telegram Hebahan Bantuan Kerajaan | HEBAHAN BANTUAN KERAJAAN |