Estimated reading time: 5 minutes
MyJPJ merupakan satu aplikasi dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk pelaksanaan Lesen Memandu Digital (e-LMM) & Cukai Jalan Digital (e-LKM).
Pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau lebih dikenali sebagai ‘roadtax’, tidak lagi perlu dipamerkan pada kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia.
Mulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house).
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menerusi sebuah kenyataan media berkenaan Inisiatif Pendigitalan Perkhidmatan Teras JPJ.
Peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan, tidak lagi akan dikuatkasakan.
TERKINI: Kebanyakan pejabat JPJ tidak lagi membuat cetakan lesen memandu secara fizikal namun di beri slip pembaharuan kepada mereka yang renew lesen memandu.
Mulai 1 Februari 2024,Anda bakal terima rebat RM5 jika menggunakan inisiatif kad memandu digital.
Berikut di kongsikan segala maklumat berkenaan pelaksanaan ini dari cara untuk daftar,semakan lesen memandu dan cukai jalan secara online.
FAQ pelaksanaan Lesen Memandu Digital (e-LMM) & Cukai Jalan Digital (e-LKM)
Selepas pengumuman pelaksaan untuk mempamer secara digital,timbul pelbagai persoalan dari orang ramai.Bagi menjawab persoalan,berikut adalah pencerahan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kepada soalan-soalan yang sering ditanya;
1) Adakah wajib untuk download apps “MyJPJ”?
Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.
2) Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax, adakah saya akan disaman?
Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.
3) Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?
Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal.
4) Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?
Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.
5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?
Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan…pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka.
6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?
Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.
Menurut Loke, beliau sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut dan menghormati semua pandangan serta cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin
Beliau juga menegaskan bahawa beliau bersama pasukan MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini.
Semakan Cukai Jalan Digital & Lesen Memandu (e-LMM) Online MyJPJ
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan:
- Daftar sebagai pengguna MySikap melalui pautan https://public.jpj.gov.my/
- Muat turun aplikasi MyJPJ
- Log masuk ke aplikasi MyJPJ menggunakan ID MySikap
- Buat semakan lesen memandu digital dan cukai jalan secara online.
Kemudian,muat turun aplikasi MYJPJ melalui pautan di bawah:
- Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
- Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311
Pastikan anda download di link yang betul bagi mengelakkan kecurian data di telefon anda.
Boleh juga baca: Cara Tukar Nama Geran Kenderaan
Setelah anda download,log masuk ke Aplikasi tersebut

Pastikan anda daftar dahulu di Portal MySikap, jika belum daftar rujuk langkah di bawah.
Berikut panduan cara daftar id mysikap:
Merujuk gambar di atas,anda tekan di bahagian daftar akaun baru.
Kemudian, Masukkkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang

Isikan maklumat dalam ruang yang disediakan

Seterusnya Jawab soalan keselamatan

Simpan rekod bagi maklumat yang telah dimasukkan.

Tetapkan kata laluan dan selesai

Setelah selesai daftar dan Log in MYJPJ anda akan di bawa ke halaman utama seperti di bawah:

Di halaman utama, anda boleh melihat pelbagai perkhidmatan secara atas talian yang boleh dilakukan.
Antaranya:
- Bidaan nombor kenderaan
- Semakan nombor terkini
- Semakan lesen kenderaan
- Semakan lesen memandu
- Semakan keputusan Ujian
- Semakan saman
- Semakan senarai hitam
Orang awam digalakkan mendaftar akaun MySikap masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ [https://public.jpj.gov.my/] ataupun aplikasi mobile MyJPJ.
Atau boleh juga dapatkan ID MySikap melalui mana-mana kios JPJ berdekatan, kaunter JPJ, atau mana-mana kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobil.
Cara semak Lesen Memandu (eLMM) Online
Semakan boleh dilakukan melalui menu SEMAKAN LESEN MEMANDU.Boleh lihat contoh gambar di bawah:

Anda boleh memuat turun lampiran eLKM seperti di bawah:

Cara semak Lesen kenderaan Motor (eLMM) Cukai Jalan/RoadTax
Semakan boleh dilakukan melalui menusemakan lesen kenderaan motor .Boleh lihat contoh gambar di bawah:

Berikut adalah lampiran paparan eLKM melalui MyJPJ :

Siaran Media Pelaksanaan Paparan Digital Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM):
Sumber di ambil dari Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)




Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh kemukakan melalui saluran berikut:
- Laman Rasmi JPJ: https://public.jpj.gov.my/
- Talian hotline JPJ di 03 8000 8000
