Kolej Vokasional:Jenis dan Senarai Kursus yang di tawarkan

Kolej Vokasional merupakan sekolah harian yang menitik beratkan kemahiran berbanding pendidikan akademik.Merupakan alternatif yang terbaik bagi pelajar yang berminat terhadap kemahiran.

Biasanya kemasukan ke KV ini bermula selepas tingkatan 3 dari sekolah menengah harian.Umum mengetahui bahawa pengajian vokasional mengandungi komponen teori dan praktikal yang seimbang.

Sejumlah 84 buah Kolej Vokasional telah di buka untuk membantu menghasilkan graduan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan juga bukan kejuruteraan. Sebaik sahaja murid tamat pengajian, mereka berpeluang untuk menyambung pengajian ke IPTA/IPTS, dan institut latihan kemahiran awam (ILKA) serta swasta, atau berkhidmat terus dalam industri yang memerlukan kemahiran.

Serba Sedikit Pendidikan Vokasional

Bagi yang berminat untuk menyambung ke Pendidikan Vokasional,pelajar digalakkan meneliti dahulu syarat kelayakan dan kursus yang terdapat di KV. Minat yang mendalam bagi bidang yang ingin diceburi adalah satu perkara yang penting untuk diambil kira selain mematuhi syarat kemasukan yang diperlukan. Seterusnya pelajar hendaklah mengemukakan permohonan dan pastikan semua dokumen yang perlu disertai lengkap bersama bagi mengelakkan kesulitan.

Graduan kolej vokasional berpeluang untuk ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan

Graduan kolej vokasional berpeluang untuk ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan

Berikut adalah latar belakang mengenai Pendidikan Vokasional:

  • Program ini merangkumi dua (2) tahun pengajian di peringkat Sijil dan dua (2) tahun 6  (6) bulan di peringkat Diploma (termasuk lima (5) bulan On The Job Training)
  • Murid yang berjaya di peringkat Sijil akan dianugerahkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Murid yang dianugerahkan SVM dan melepasi syarat kemasukan layak menyambung pengajian di peringkat Diploma di Kolej Vokasional yang sama
  • Murid yang tidak melepasi syarat kemasukan ke peringkat Diploma akan menyambung pengajian di Kolej Vokasional yang sama dalam bidang kemahiran dan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berdasarkan tahap kompetensi yang dicapai
  • Murid yang lulus pengajian di peringkat Diploma akan dianugerahkan Diploma oleh Senat Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Matlamat Program Kolej Vokasional untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir dan kompeten bagi memenuhi keperluan industri dan entrepreneur

Jenis Kolej Vokasional

Terdapat 2 jenis peringkat bidang pengajian yang di tawarkan iaitu:

  1. Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  2. Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

Untuk mereka yang lepasan tingkatan 3,anda boleh ikuti pengajian untuk dapatkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan seterusnya ke peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

Pelajaran Vokasional dilakukan secara praktikal berbanding silibus sekolah menengah yang menekan teori semata-mata

Anda boleh juga baca:
Takwin Sekolah 2023/2024 dan Cuti Penggal Sekolah KPM

Senarai Kursus yang di tawarkan

Berikut adalah senarai kursus di tawarkan:

  1. Hospitaliti
  2. Pertanian
  3. Seni Reka
  4. Pembuatan dan Pemprosesan
  5. Perniagaan
  6. Perkhidmatan Masyarakat
  7. Teknologi Maklumat
  8. Teknologi Mekanikal dan Pembuatan
  9. Teknologi Elektrik dan Elektronik
  10. Teknologi Awam

Maklumat Program adalah seperti di bawah:

Teknologi ElektrikProgram ini menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus (DC & AC), penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrik domestik dan industri, kawalan motor, sengaraan kejuruteraan, melukis dan mentafsir litar serta memahami akta elektrikal dan peraturan pemasangan yang ditetapkan.
Teknologi ElektronikProgram ini memberi penekanan kepada mentafsir dan mengenalpasti simbol, komponen dan lukisan skematik, memahami, menguji dan mengira litar, prinsip kejuruteraan elektronik, pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio dan video, digital, elektronik kuasa, sistem kawalan, sistem komunikasi dan industri robotik.
Teknologi Pemesinan IndustriProgram ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel pemesinan industri, lukisan teknikal dan geometri, rekabentuk pembuatan terbantu komputer, mengenalpasti jenis, senarai alatan dan pengoperasian mesin industri.
Teknologi KimpalanProgram ini menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras bs/aws, proses dan teknik, pengkelasan bahan logam, teknik. Tata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, lukisan kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal arka logam berperisai. Di samping itu, murid juga didedahkan dengan automasi komputer.
Teknologi AutomotifProgram ini memberi pendedahan asas enjin kenderaan bagi menimbulkan minat murid supaya bersedia dan berusaha untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang automotif, menjadi modal insan yang berkemahiran dan dapat menyumbang ke arah pembangunan negara.
Teknologi Penyejukan & Penyamanan UdaraProgram ini memberi pendedahan kepada murid mengendali bahan pendingin, memasang kipas pengudaraan, memasang unit penyaman udara jenis tingkap dan jenis pisah supaya dapat melakukan kerja memasang, menservis, mengesan dan membaikpulih kerosakan mengikut prosedur yang betul seterusnya berupaya mengikuti kemahiran di peringkat yang lebih tinggi untuk meningkatkan taraf hidup serta menjadi tenaga kerja mahir dalam industri penyamanan.
Teknologi PembinaanProgram ini memperkenalkan murid kepada asas pembinaan sesuatu struktur. Murid akan didedahkan dengan bahan-bahan binaan, caracara asas pembinaan, asas lukisan pelan, keselamatan industri, asas kejuruteraan elektrik dan elektronik, pengurusan industri
Teknologi Pemprosesan Kayu dan KemasanProgram ini memberi pendedahan kepada murid tentang seni pembuatan perabot dan bagaimana membuat finishing agar setiap rekaan kelihatan sesuai digunakan.
Seni KulinariProgram ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaan makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan, roti, pasteri dan manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan.
Bakeri & PastriProgram ini menawarkan murid berkaitan penghasilan dan penyediaan roti, kek, manisan. Coklat, pasteri, pencuci mulut, donut, pau, pizza, membuat dan menghasilkan resepi baru dan istimewa serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini.
PelanconganProgram ini menyediakan murid dalam industri pelancongan di mana pendedahan dalam bidang pengurusan acara, pengoperasian agensi pelancongan dan penguasaan dalam komunikasi bahasa asing serta kemahiran dalam pemasaran dan jualan.
Seni Reka FesyenProgram ini menyediakan murid tentang jenis, klasifikasi dan alatan jahitan serta fabrik dan tekstil, memberi pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini.
KosmetologiProgram ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan rawatan wajah dan anggota badan, penggayaan rambut, seni make-up, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan pengoperasian salon.
Pengajian Awal Kanak-kanakProgram ini memberi pendedahan murid dalam perkhidmatan penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak dari peringkat bayi sehinggalah peringkat sekolah rendah. Pengurusan pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan pemakanan keselamatan tempat tinggal serta pengurusan aset kewangan dan operasi.
Pengurusan PerniagaanProgram ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang pemasaran, perakaunan, operasi, komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.
Kesetiausahaan PentadbiranProgram ini menyediakan murid dalam pengurusan dan pentadbiran pejabat, keupayaan dalam menggunakan aplikasi perisian pejabat bagi menyediakan minit mesyuarat, laporan dan lain-lain. Penyediaan dokumen penting dalam kerja pentadbiran.
InsuransProgram ini menawarkan murid untuk mengenalpasti jenis, prinsip, fungsi, tata cara, underwriting, proses, perundangan dan pengurusan sistem insurans serta etika dan salah laku dalam perniagaan insurans.
PemasaranProgram ini memberi penekanan kepada murid dalam mengenalpasti kaedah, strategi kajian, promosi dan pengurusan dalam mengetengahkan produk kepada pasaran bagi meningkatkan hasil jualan syarikat.
Pengurusan PeruncitanProgram ini menawarkan asas dalam penentuan harga, pengurusan stok, penyusunan barangan bagi tujuan promosi atau kepentingan, khidmat pelanggan serta polisi perniagaan bagi menggalakkan daya maju dalam bidang peruncitan.
PerakaunanProgram ini menawarkan murid dalam pengurusan kewangan syarikat seperti penyediaan buku kira-kira, akaun runcitan, untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisa tentang prestasi syarikat.
Teknologi Sistem Komputer dan RangkaianProgram ini menyediakan murid kepada asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian dan konfigurasi sistem komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di samping pengurusan pentadbiran dan integrasi sistem maklumat.
Multimedia Kreatif AnimasiProgram ini mendedahkan murid kepada asas penggunaan unsusr media yang pelbagai dalam menghasilkan sesuatu iklan. Mereka juga akan mempelajari konsep Dual Dimension (2D), Kesan Khas (FX) dan animasi lain yang berkaitan.
Rekabentuk Grafik dan Media CetakKursus ini akan mendedahkan murid dengan Desktop Publishing, grafik, pengiklanan, percetakan, label pembungkusan di mana akhirnya akan dijelmakan dalam media cetak.
Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan AplikasiProgram ini menyediakan murid kepada struktur, konfigurasi, penyediaan sistem pengkalan data dan mengenalin kegunaan serta hubungkaitnya dengan aplikasi web sebagai perantara atau User Interface (UI)
Agroindustri TanamanProgram ini menyediakan murid kepada penyediaan, penanaman dan penjagaan tanaman, mengawal kerosakan tanaman, penyelenggaraan infrastruktur ladang, jentera dan fertigasi serta aktiviti lain berkaitan industri tanaman sehingga urusan penuaian hasil dan pemasaran.
Agroindustri Ternakan RuminanProgram ini mendedahkan murid aspek pengurusan aktiviti ternakan berkaki empat, merangkumi aspek kesihatan, penyediaan makanan, pembiakandan kebersihan kawasan ternakan di samping mengekalkan kualiti produk dan hasil pengeluaran ternakan ruminant. Contoh: lembu, kuda, kambing dan kerbau
Agroindustri Ternakan PoultriProgram ini mendedahkan murid tentang aktiviti ternakan haiwan berkaki dua – unggas (poultry) daripada penyediaan kawasan ternakan, pembersihan, penjagaan kesihatan ternakan sehingga penuaian hasil dan pemasaran ternakan. Contoh: ayam, itik, angsa, burung.
Teknologi Mekanisasi AgroProgram ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan tanaman, ternakan, pengurusan lading, penyediaan kawasan penanaman, pengurusan operasi logistik, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran hasil.
BioteknologiProgram ini memberi pendedahan kepada teknologi berasaskan biologi bagi peningkatan kualiti dan daya tahan hasil bagi industri agrikultur. Kerja dan amalan yang bersandarkan kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi seperti penggabungan semula Deoxyribonucleic Acid (DNA) atau proses berasasakan pengkulturan tisu.
AkuakulturProgram ini mengkhususkan murid kepada aktiviti pengurusan ikan air tawar dan ikan hiasan serta kemahiran pembiakan, menternak dan mengusaha, menyediakan, menyelenggara dan menuai hasil akuakultur dalam persekitaran terkawal
HortikulturMurid diberi pendedahan berkaitan tanaman sayuran, rumput turf, bungaan, hiasan, landskap dan hortikultur dan berterusan dan hortikultur organik. Bidang penyelidikan termasuk bioteknologi tanaman, sains dan teknologi biji benih, pembiakan, pertumbuhan dan perkembangan, fisiologi tanaman, nutrisi mineral, pengeluaran tanaman dan fisiologi lepas tuai.
Seni Bina LandskapMurid akan didedahkan dengan kaedah dan teknik penanaman landskap, pemilihan tumbuhan yang sesuai serta bagaimana menyelenggara tanaman tersebut. Di samping itu, murid akan mempelajari bagaimana menggunakan peralatan yang sesuai dan bagaimana membuat lakaran.
Pemprosesan MakananMurid akan didedahkan bagaimana menguruskan hasil pertanian daripada ternakan, buahan, sayuran serta bahan keperluan makanan. Di samping itu, murid akan didedahkan dengan pengurusan sumber manusia

Untuk makluman, pengiktirafan SVM oleh Lembaga Peperiksaan (LP) adalah setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Lulusan SVM juga akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3.Tidak semua kursus di tawarkan di setiap kolej jadi sebelum anda buat pilihan kolej pastikan anda tahu kursus apa yang anda mahu.

Senarai Kolej Vokasional

Berikut adalah senarai kolej Vokasional yang terdapat di Malaysia:

Selangor

  • KV Klang
  • KV Shah Alam
  • KV Gombak
  • KV Kajang
  • KV Kuala Selangor
  • KV Sepang
  • KV Sungai Buloh

Kuala Lumpur

  • KV ERT Setapak
  • KV Labuan
  • KV Setapak

Perlis

  • KV Arau
  • KV Kangar

Kedah

  • KV Kulim
  • KV Pulau Langkawi
  • KV Alor Setar
  • KV Sungai Petani 1
  • KV Sungai Petani 2

Pulau Pinang

  • KV Balik Pulau
  • KV Seberang Perai
  • KV Butterworth
  • KV Nibong Tebal
  • KV Batu Lanchang

Perak

  • KV Gerik
  • KV Ipoh
  • KV Seri Manjung
  • KV Taiping
  • KV Teluk Intan

Negeri Sembilan

  • KV Ampangan
  • KV Juasseh
  • KV Pork Dickson
  • KV Dato Maharaja Lela

Melaka

  • KV Melaka Tengah
  • KV Jasin

Johor

  • KV ERT Azizah
  • KV Batu Pahat
  • KV Muar
  • KV Kluang
  • KV Segamat
  • KV Kota Tinggi

Kelantan

  • KV Bachok
  • KV Pasir Mas
  • KV Tanah Merah
  • KV Pengkalan Chepa

Terengganu

  1. KV Besut
  2. KV Dungun
  3. KV Kemaman
  4. KV Wakaf Tembesu
  5. KV Kuala Berang

Pahang

  • KV ERT Puteri
  • KVMuadzam Shah
  • KV Temerloh
  • KVSultan Haji Ahmad Shah
  • KVPertanian Chenor

Sabah

  • KV Keningau
  • KV Beaufort
  • KV Lahad Datu
  • KV Tawau
  • KV Sandakan
  • KV Kudat

Sarawak

  • KV Miri
  • KV Sibu
  • KV Kuching

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran dan pautan di bawah:

Kementerian Pendidikan (Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional)

Aras 5 & 6, Blok E14, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Phone No:+603 – 8884 5154
Phone No:+603 – 8889 5047
Email: info.bptv@moe.gov.my

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via