M Journey merupakan salah satu perbankan online yang di perkenalkan oleh MBSB online untuk pengguna mereka.
Dengan pelbagai kemudahan yang di tawarkan melalui sistem perbakan online ini,pelanggan mereka dapat melakukan pelbagai transaksi online secara terus melalui gadjet mereka.
Untuk makluman,bagi pemohon Ihsan i MBSB Bank ,anda wajib mempunyai akaun ini kerana memudahkan anda untuk memantau aliran masuk duit dan pembayaran i cagar KWSP anda.
Apakah perkhidmatan M Journey ini?
Perkhidmatan ini merupakan kemudahan perbankan internet yang disediakan oleh pihak MBSB untuk para pelanggannya melakukan pelbagai transaksi online
Berikut adalah fungsi yang ada didalam perkhidmatan ini:
- Pemindahan DuitNow
- Bayaran Pembiayaan
- Pindahan Dana Asing (FTT)
- Pindahan Dalam Bank
- GIRO Antara Bank (IBG)
- JomPAY
- Penempatan Deposit Berjangka-i
- Pengeluaran Deposit-i Bertempoh
- Muat semula e-dompet MBSB Bank
- Bayaran
- Bayaran kepada KWSP
- Tambah Nilai Prabayar
- Pembiayaan Ihsan-i
Cara Daftar Perkhidmatan M Journey MBSB Online
Untuk mengguna segala kemudahan yang ada,anda perlu terlebih dahulu daftar akaun untuk MBSB secara online.
Untuk daftar boleh ikuti langkah di bawah melalui 3 cara iaitu Kad Debit atau Akaun Pembiayaan atau Akaun Deposit
Berikut adalah proses pendaftaran:
- Pergi ke www.mbsbjourney.com/rib
- Pilih “Pengguna Baru? Daftar Sekarang” pautan di halaman Log Masuk M Journey
- Pilih pendaftaran melalui Kad Debit atau Akaun Pembiayaan atau Akaun Deposit
Daftar melalui kad Debit:
- Masukkan Nombor Kad Debit dan PIN 6 Digit
- Masukkan perkataan Captcha seperti yang ditunjukkan pada halaman
- Minta dan masukkan TAC 6 Digit dan klik Seterusnya
- Masukkan butiran peribadi anda
- Pilih Imej Keselamatan, masukkan Frasa Keselamatan anda dan klik Seterusnya
- Sahkan butiran anda dan klik Hantar
- Tetapkan Soalan dan Jawapan 3-Keselamatan
- Minta dan masukkan TAC 6 Digit dan klik Hantar
- Terima pengesahan SMS
Daftar melalui akaun pembayaran:
- Masukkan Nombor Akaun Pembiayaan
- Pilih Jenis ID anda dan masukkan nombor pengenalan
- Masukkan perkataan Captcha seperti yang ditunjukkan pada halaman
- Minta dan masukkan TAC 6 Digit dan klik Seterusnya
- Masukkan butiran peribadi anda
- Pilih Imej Keselamatan, masukkan Frasa Keselamatan dan klik Seterusnya
- Sahkan butiran anda dan klik HantarTetapkan Soalan dan Jawapan 3-Keselamatan
- Minta dan masukkan TAC 6 Digit dan klik Hantar
- Terima pengesahan SMS
Daftar melalui Akaun Deposit:
- Masukkan Nombor Akaun Deposit
- Pilih Jenis ID anda dan masukkan nombor pengenalan
- Masukkan perkataan Captcha seperti yang ditunjukkan pada halaman
- Klik butang “Seterusnya” untuk meneruskan
- Minta dan masukkan TAC 6 Digit dan klik Seterusnya
- Terima pengesahan SMS
Login dan Pengaktifan Akaun
Setelah anda daftar,tiada langkah tambahan untuk aktifkan akaun anda.
Selesai daftar terus login sahaja untuk lengkapkan pendaftaran anda.Anda boleh login melalui pautan MBSB di https://www.mbsbjourney.com/rib/
Pastikan anda ingat setiap kata nama dan kata laluan anda.Akses masuk akan disekat jika anda log in gagal sebanyak 3 kali
Boleh hubungi Bank MBSB Pusat Sokongan di +603 2096 3000 untuk reset balik kata Nama Pengguna anda selepas pengesahan.
Semakan Status Permohonan i ihsan MBSB
Setelah anda membuat permohonan,anda boelh semakan permohonan melalui cara berikut:
- Semak melalui pautan berikut: https://www.fsa2mbsbbank.com/check-my-application
- Masukkan No Kad Pengenalan dan No Telefon kemudian tekan submit
- Paparan status permohonan anda akan tertera
Bagi mereka yang telah berjaya di dalam permohonan,anda boleh membuat semakan tarikh pembayaran bermula pada bahagian yang telah di tandakan seperti di bawah sebagai contoh.
Apply : 11 April 2023
Lulus : 18 April 2023 (serentak duit masuk)
Tarikh Bayaran : 1 Jun 2023 (Bulan Pertama)
Seperti yang kita maklum, tarikh bayaran adalah selepas sebulan setelah penerimaan duit yang dikreditkan ke akaun anda. Pembayaran boleh dilakukan terus melaui aplikasi M Journey
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah:
- Cawangan MBSB yang berdekatan
- Pusat Sokongan MBSB Bank : +603 2096 3000.
- Laman Rasmi MBSB