Penolong & Guru Tabika Perpaduan,Berminat untuk memohon?Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) kini membuka peluang kepada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat kelayakan untuk memohon jawatan sebagai Penolong Guru Tabika Perpaduan dan Guru Tabika Perpaduan seperti yang telah diiklankan
Permohonan jawatan sebagai Penolong dan Guru Tabika Perpaduan (JPNIN) menawarkan peluang kerjaya yang menarik bagi individu yang berkelayakan minima sijil PMR/PT3 dan diploma..Jawatan ini memainkan peranan penting dalam membentuk asas pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia, selaras dengan misi JPNIN untuk memupuk perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.
Untuk memohon, calon perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, termasuk memiliki sijil akademik yang berkaitan.Proses permohonan melibatkan penyediaan dokumen yang lengkap serta pengisian borang permohonan secara dalam talian atau manual.
Maklumat Jawatan Penolong Guru Tabika Perpaduan
MAKLUMAT JAWATAN | PENOLONG GURU TABIKA PERPADUAN | |
Nama Majikan | Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) | |
Gred Jawatan | N11 | |
Gred Gaji & Elaun | RM1,216.00 – RM2,983.00 Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00 Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM95.00 Bantuan Imbuhan Sara Hidup (BISH) : RM200-RM350 (mengikut kawasan) |
Syarat lantikan
Berikut adalah syarat lantikan yang telah di tetapkan:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Keutamaan di berikan kepada mereka yang menetap di negeri/daerah yang diiklankan
Senarai Tugas
Berikut adalah senarai tugas untuk jawatan di atas:
- Membantu Guru menjalankan tugas Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) atau
- Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
- Menyediakan makanan berkhasiat untuk murid-murid mengikut panduan
- pengendalian makanan yang betul serta berpandukan menu yang telah
- ditetapkan serta pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Mengemas dan menjaga kebersihan dalam dan luar kelas.
- Menjaga keselamatan murid-murid.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
Cara Mohon
Berikut adalah cara membuat permohonan:
- Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan yang boleh didapati di mana-mana Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri/Daerah. atau layari laman web https://www.jpnin.gov.my/web/home
- Permohonan daripada Pegawai Kerajaan atau yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
- Borang Permohonan berserta gambar terkini berukuran pasport, salinan kad
- pengenalan, sijil kelahiran, sijil kelulusan akademik, sijil berhenti sekolah, sijil
- Vaksinasi Covid-19 serta dokumen sokongan berkaitan yang telah DISAHKAN
- oleh Pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’ atau gred 41 ke
- atas atau Penghulu dan Ketua Kampung sebanyak dua (2) salinan
- Borang permohonan hendaklah di hantar kepada alamat jawatan kosong yang telah di iklankan.
Maklumat Jawatan Kosong Terkini JUN 2024
Berikut adalah jawatan Kosong terkini:
MAKLUMAT JAWATAN | PENOLONG GURU TABIKA PERPADUAN | |
Nama Majikan | Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) | |
Lokasi kekosongan | JPNIN Selangor, JPNIN Pahang | |
Tarikh Tutup Permohonan | JPNIN Selangor (16/06/2024) JPNIN pahang (21/6/2024) |
Maklumat Jawatan Guru Tabika Perpaduan
MAKLUMAT JAWATAN | GURU TABIKA PERPADUAN | |
Nama Majikan | Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) | |
Gred Jawatan | S29 | |
Gred Gaji & Elaun | RM1,493.00 – RM5,672.00 Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM 300.00 Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM 160.00 Bantuan Sara Hidup (COLA) – Min RM 200.00 Max RM 350.00) |
Syarat lantikan
Syarat lantikan yang telah di tetapkan adalah:
- Merupakan Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Calon bagi hendaklah memiliki DIPLOMA dalam Bidang berkaitan PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusipengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Keutamaan di berikan kepada mereka yang menetap di negeri/daerah yang diiklankan
DeskripsiTugas
Berikut adalah deskripsi tugas untuk penjawatan di atas:
- Bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kanak-kanak ke tabika.
- Melaksanakan tugasan mengajar, mengurus rekod dan dokumentasi pengajaran
- dan pembelajaran kanak-kanak.
- Merancang aktiviti pengajaran tahunan, menyiapkan laporan bulanan kelas,
- mengendalikan semua fail ISO yang digunapakai di tabika.
- Membuat penilaian berterusan tentang perkembangan kanak-kanak serta tugas tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa
Boleh juga baca: Guru Kafa:Cara Mohon,Syarat kelayakan dan Permohonan
Cara Mohon
Berikut adalah cara membuat permohonan:
- Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan yang boleh didapati di mana-mana Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri/Daerah. atau layari laman web https://www.jpnin.gov.my/web/home
- Permohonan daripada Pegawai Kerajaan atau yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
- Borang permohonan yang lengkap berserta gambar terkini berukuran pasporthendaklah dikepilkan bersama-sama salinan kad pengenalan, salinan sijilkelahiran, salinan sijil berhenti sekolah dan salinan sijil diploma dalambidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh kerajaan daripadainstitusi-institusi pengajian tinggi tempatan (beserta transkrip akademik),cetak slip pengiktirafan MQA, salinan sijil SPM yang diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’ atau Gred 41 ke atasatau Penghulu dan Ketua Kampung sebanyak (dua) 2 salinan
- Borang permohonan hendaklah di hantar kepada alamat jawatan kosong yang telah di iklankan.
Maklumat Jawatan Kosong JUN 2024
Berikut adalah jawatan Kosong terkini:
MAKLUMAT JAWATAN | PENOLONG GURU TABIKA PERPADUAN | |
Nama Majikan | Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) | |
Lokasi kekosongan | JPNIN Johor, JPNIN Putrajaya, JPNIN Pahang | |
Tarikh Tutup Permohonan | JPNIN Johor (17/06/2024) JPNIN Putrajaya (24/6/2024) JPNIN Pahang (21/6/2024) |