Gaji 2025 (JANM) :Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Estimated reading time: 5 minutes

Gaji 2025 JANM telah mengeluarkan tarikh pembayaran gaji penjawat awam untuk tahun 2025.Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam ini terpakai untuk semua negeri di seluruh Malaysia.

Jadual ini di ambil bersumberkan jadual rasmi terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).Berikut dikongsikan tarikh pembayaran emolumen bulanan tahun 2025.

Bagi penjawat awam yang masih tertanya-tanya bila tarikh gaji 2025 nak masuk,boleh Ikuti maklumat dan jadual pembayaran di bawah

Tarikh Pembayaran Gaji 2025 JANM Terkini

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia  yang bertajuk Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan bagi Tahun 2025 dengan isi kandungan jadual dan tarikh pembayaran gaji penjawat awam tahun 2025.

Tujuan Surat Pekeliling tersebut dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan:

  • Jadual pembayaran gaji penjawat awam tahun 2025
  • Tarikh pembayaran gaji penjawat awam tahun 2025
  • Peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap Kementerian/ Jabatan bagi memastikan penyediaan gaji dapat diuruskan dengan sempurna dan gaji dibayar mengikut tarikh pembayaran gaji 2025 yang ditetapkan oleh ANM

Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan, iaitu 6 September 2024

Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025

Berikut di kongsikan surat pekeliling tersebut:

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2024 – Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan dan memberi panduan kepada
Kementerian/Jabatan berkaitan:
1.1 Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2025; dan
1.2 Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara
pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan
emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

2. TARIKH PEMBAYARAN EMOLUMEN

Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024 adalah seperti di Lampiran 1
yang ditetapkan selaras Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian
Kewangan Malaysia rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1 (8) bertarikh 6 September 2024
Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025

3. TANGGUNGJAWAB DAN PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN

3.1. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama SPANM Tatacara Pengurusan
Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan, GPANM Pelaksanaan Semakan
Tambahan (Second Validation) Bagi Pembayaran Kerajaan dan Surat Edaran
BPOPP Bil 1 Tahun 2023 – Pelaksanaan Semakan Tambahan (2nd Validation)
Pembayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang berkuat kuasa

3.2 Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ), Pejabat Perakaunan dan Pegawai
Awam adalah seperti berikut

3.2.1 Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ)

(1) Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019)
yang diterima daripada Pusat Pembayar Gaji beserta dokumen
sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan
bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

(2) Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) berkaitan
kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang
ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan dikemas kini dan diproses
secara berasingan (Late Cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat
selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut

(3) Menyemak maklumat dalam laporan Fail Induk Gaji sebaik sahaja ePenyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari
Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
(www.anm.gov.my) dan mengambil tindakan serta merta untuk
membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu.

Kesilapan yang perlu dibetulkan dalam laporan Fail Induk Gaji
termasuk perkara berikut:
(a) Butiran peribadi;
(b) Nombor akaun bank; dan
(c) Nombor rujukan:
(i) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
(ii) Cukai Pendapatan;
(iii) Pinjaman Perumahan Kerajaan dan sebagainya;
(4) Memastikan semua arahan bagi potongan emolumen adalah lengkap
dan tepat dengan nama, nombor kad pengenalan baru dan nombor
rujukan potongan.
(5) Memastikan semua pembayaran emolumen Pegawai Awam
Persekutuan dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer.
Sekiranya terdapat keperluan pembayaran emolumen melalui
Arahan Pembayaran bagi kes-kes tertentu, kebenaran dan kelulusan
Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri
/Cawangan hendaklah didapatkan terlebih dahulu.

3.2 Tanggungjawab Pejabat Perakaunan

3.2.1 Menetapkan tarikh pemprosesan larian emolumen bulanan untuk dipatuhi oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ)

3.2.2 Memastikan semua pembayaran emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer dan sebarang pembayaran melalui Arahan Pembayaran boleh dibenarkan bagi kes-kes tertentu dengan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri/Cawangan.

3.2.3 Tanggungjawab Pegawai Awam

Pegawai Awam (pemilik akaun) hendaklah merujuk kepada bank masing-masing sekiranya terdapat sekatan ke atas pembayaran emolumen di akaun bank pegawai yang mempunyai pembiayaan pinjaman dari bank berkenaan yang mana sekatan adalah tertakluk kepada terma perjanjian yang telah dimerterai di
antara pegawai dan bank tersebut.

3.2.4 Pembayaran Emolumen Bagi Pekerja Bergaji Hari
(1) Bayaran hendaklah diproses bermula pada 1 haribulan atau hari
bekerja pertama bulan berikutnya; dan
(2) Tarikh pembayaran emolumen adalah selewat-lewatnya pada hari
ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.

3.4 Pembayaran Emolumen Bagi Pekerja Bergaji Hari

3.4.1 Bayaran hendaklah diproses bermula pada 1 haribulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya; dan

3.4.2 Tarikh pembayaran emolumen adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.

4. HAL-HAL LAIN
Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh
dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya.
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

5. TARIKH KUAT KUASA
Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan.

PEMAKAIAN
Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Pejabat Perakaunan hendaklah memastikan
peraturan yang ditetapkan dalam surat pekeliling ini dipatuhi. Peraturan surat pekeliling
ini juga dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun
Persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk kepada
penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut,boleh rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2023 – Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024 DISINI

Jadual Pembayaran Gaji 2025

Berikut adalah jadual gaji termasuk hari,tarikh,bulan serta tarikh hari perayaan pada bulan tersebut jika berkenaan:

(Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)

BulanTarikhHariCatatan
Januari22.01.2025RabuTahun Baru Cina – 29 & 30 Januari 2025 (Rabu & Khamis)
Februari25.02.2025Selasa
Mac24.03.2025IsninHari Raya Puasa – 31 Mac & 1 April 2025 (Isnin & Selasa)
April24.04.2025Khamis
Mei22.05.2025KhamisHari Pesta Kaamatan – 30 & 31 Mei 2025 (Jumaat & Sabtu)
Jun25.06.2025RabuHari Gawai – 1 & 2 Jun 2025 (Ahad & Isnin), Hari Raya Haji – 7 & 8 Jun 2025 (Sabtu & Ahad)
Julai24.07.2025Khamis
Ogos25.08.2025Isnin
September25.09.2025Khamis
Oktober16.10.2025KhamisHari Deepavali – 20 Oktober 2025 (Isnin)
November20.11.2025Khamis
Disember18.12.2025KhamisHari Krismas – 25 Disember 2025 (Khamis)
arikh gaji penjawat awam

Boleh juga baca: Kalendar 2025: Senarai Cuti Umum dan Cuti Sekolah Malaysia

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medium berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via