FSA2 KWSP ini adalah untuk membantu ahli KWSP mendapatkan bantuan kewangan melalui pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan tersebut.
FSA2 KWSP Ihsan-i dari MBSB Bank merupaka kemudahan pembiayaan peribadi yang disediakan bertujuan untuk membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan patuh Syariah ini dengan kadar kompetitif.
Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) merupakan satu inisiatif kerajaan untuk Pengeluaran Bersyarat KWSP.Jom kita lihat cara untuk membuat permohonan dan maklumat lanjut di bawah
Apakah Pengeluaran Bersyarat KWSP atau Fasiliti Sokongan Akaun 2 FSA2?
Merupakan alternatif kerajan sebagai ganti untuk pengeluaran Khas KWSP sebelum ini.Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah satu kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
Simpanan dalam Akaun 2 boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.
Boleh Juga baca: Pengeluaran Bersyarat KWSP:Fasiliti Sokongan Akaun 2 FSA2
Bagaimanapun, pengeluaran ini adalah bersyarat di mana pembayaran akan hanya dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun, seperti yang termaktub dalam Akta.
Pembiayaan peribadi ini akan ditadbir sepenuhnya oleh pihak bank, dan proses permohonan untuk pembiayaan peribadi melalui kemudahan ini, tertakluk kepada penilaian pembiayaan dan rangka kerja kredit mereka.
Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini akan dilaksanakan dalam dua fasa, dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN), dan di MBSB Bank, ia dinamakan sebagai Ihsan-i.
FSA2 KWSP Ihsan-i MBSB Bank
Untuk makluman,pinjaman bercagar (FSA 2) hanya boleh dilakukan di dua buah bank sahaja iaitu MBSM Bank dan Bank Simpanan Nasional, dan Ihsan-i merupakan FSA 2 di bawah pengelolaan MBSB Bank.
Ihsan-i ini secara ringkasnya merupakan kemudahan pembiayaan peribadi yang disediakan oleh MBSB Bank bertujuan untuk membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan
patuh Syariah ini dengan kadar kompetitif
Tarikh Permohonan
Permohonan di buka bermula 7 April 2023 (9 pagi)
hingga 14 April 2024.
Permohonan boleh di lakukan dengan melayari website Ihsan-i MBSN Bank
Semua permohonan mesti diterima oleh pihak MBSB Bank pada atau sebelum 14 April 2024.
Kelayakan Permohonan FSA2 KWSP Ihsan-i
Berikut adalah syarat kelayakan:
3 syarat utama yang perlu dipenuhi oleh individu yang ingin memohon ihsan-i adalah:
- Semua ahli KWSP berumur 40 sehingga 54 tahun.
- Mesti mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2.
- Pemegang i-Akaun berdaftar dengan KWSP.
Cara mohon Ihsan-i MBSB Bank
- Sila layari pautan https://www.fsa2mbsbbank.com untuk membuat permohonan.
- Pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut untuk memohon:
- Mempunyai KWSP i-Akaun (jika tiada boleh baca cara daftar SINI)
- Baki minima Akaun 2 sebanyak RM3,000
- Berumut 40 hingga 54 tahun.
- Permohonan pembiayaan antara RM3,000 hingga RM50,000
- Teliti Kesedaran dan Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2.
- Isikan maklumat yang diperlukan di Borang Kelayakan Pembiayaan.
- Klik TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui Nombor TAC.
- Isikan jumlah pembiayaan yang diperlukan dan maklumat lain pada Borang Permohonan.
- Permohonan akan diproses berdasarkan penilaian kredit dan status bankrap anda.
- Sekiranya permohonan anda dilulukskan, anda akan menerima SMS sebagai Penerimaan Pembiayaan (setuju terima) kepada jumlah pembiayaan.
Boleh scan barcode di poster di bawah untuk maklumat lanjut:
Kadar Kelayakan
Berikut adalah kadar kelayakan yang di berikan:
Jumlah yang dibenarkan di bawah kemudahan sokongan adalah antara minimum RM3,000 hingga maksimum RM50,000 tertakluk kepada jumlah simpanan yang terdapat dalam Akaun 2 Ahli KWSP apabila permohonan dikemukakan.
Amaun kelayakan awal permohonan melalui Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan amaun simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan seperti pengeluaran pendidikan, kesihatan dan sebagainya.
Contoh kelayakan pengeluaran adalah seperti di bawah:
Walau bagaimanapun, amaun bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun ini adalah berdasarkan kepada amaun yang diluluskan bagi pembiayaan peribadi serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak institusi perbankan.
Jadual dan Tempoh Pembayaran
Tempoh pembayaran pinjaman Ihsan-i melalui MBSB Bank minima 2 tahun dan maksima 10 tahun,
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah:
Segala maklumat boleh diperolehi melalui laman web MBSB Bank atau boleh dilihat melalui Ihsan_i (FSA 2).
- Tel: 03-2096 3000
- Faks: 03-2096 3292
- Emel Pertanyaan : enquiry@mbsbbank.com
- Emel Aduan : complaint@mbsbbank.com