Memohon kad kredit Bank Rakyat kini lebih mudah dan cepat dengan adanya teknologi perbankan digital.
Anda boleh memohon kad kredit di mana-mana dan bila-mana masa menggunakan telefon pintar
Apa itu kad kredit?
Kad kredit adalah sejenis kad yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan, membolehkan pengguna membuat pembelian tanpa menggunakan wang tunai.
Pengguna meminjam dana daripada bank untuk membeli barangan atau perkhidmatan dan bersetuju untuk membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh tertentu, biasanya dengan faedah.
Kelayakan Memohon
Bank Rakyat menetapkan syarat-syarat kelayakan untuk memohon kad kredit:
- Pemohon berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan tahunan minimum RM24,000 dan ke atas
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan bergantung kepada jenis pekerjaan:
- Bagi Kakitangan Kerajaan: Salinan slip gaji terkini
- Bagi Pekerja Sektor Swasta: Salinan slip gaji terkini, Borang EA/Penyata KWSP (urus niaga 6 bulan terkini)
- Bekerja sendiri: Salinan Pendaftaran Perniagaan, Salinan penyata bank 6 bulan terkini, Salinan Borang B terkini, Salinan Resit Bayaran Cukai
- Gaji Bulanan dengan Asas Komisen: Salinan slip gaji terkini, Borang EA/Penyata KWSP (urus niaga 6 bulan terkini) atau Salinan penyata komisen terkini (rekod 6 bulan)
- Tiada Gaji Asas, hanya pada Pangkalan Komisen: Salinan penyata komisen gaji terkini (rekod 12 bulan)
- Ekspatriat: Salinan Akaun Simpanan-i Bank Rakyat, Salinan surat pengesahan kontrak daripada majikan
- Pesara: Salinan penyata pencen (urus niaga 12 bulan terkini), Salinan penyata bank 3 bulan (menunjukkan pengkreditan jumlah pencen ke dalam akaun)
Jenis Kad Kredit Bank Rakyat
Bank Rakyat menawarkan pelbagai jenis kad kredit dengan had pembiayaan yang berbeza berdasarkan pendapatan tahunan pemohon:
JENIS KAD | HAD MINIMUM (RM) | PENDAPATAN TAHUNAN (RM) |
---|---|---|
Platinum | 20,000 | > 60,000 |
Rakyat Xclusive MasterCard | 20,000 | > 60,000 |
Gold | 3,000 | > 36,000 |
Muslimah | 3,000 | > 24,000 |
Jit Sin Alumni | 3,000 | > 36,000 |
Platinum Explorer | 3,000 | > 60,000 |
Boleh juga baca: AEON Credit:Cara Mohon dan Syarat Pinjaman Peribadi Online
Cara Memohon Kad Kredit Bank Rakyat Secara Online
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon kad kredit Bank Rakyat secara online:
- Layari laman web rasmi Bank Rakyat di https://www2.irakyat.com.my/
- Masukkan Security Purpose yang disediakan
- Klik Confirm
- Sahkan Terms and Conditions
- Klik Next
- Isikan jumlah had pembiayaan yang dikehendaki
- Isikan maklumat kad dan maklumat peribadi
- Isikan maklumat hubungan kediaman
- Sahkan mengenai Automatic Notification SMS dan Email
- Sahkan Declaration
- Klik Next dan ikuti arahan seterusnya
Permohonan melalui cawangan
Anda hanya perlu datang ke cawangan Bank Rakyat yang berhampiran dan mengisi borang yang diberikan oleh pegawai bank.
Bawa dokumen penting seperti kad pengenalan, slip gaji, dan bil elektrik jika diperlukan
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Rakyat di 1-300-80-5454 atau email ke telerakyat@bankrakyat.com.my
Carian Berkaitan:
- Apakah kelebihan utama menggunakan kad kredit
- Bagaimana cara mengelakkan masalah hutang dengan kad kredit
- Apakah perbezaan antara kad kredit dan pinjaman peribadi
- Bagaimana cara menguruskan kad kredit dengan bijak
- Apakah risiko menggunakan terlalu banyak kad kredit