Bantuan Ibu Bersalin (BIB)merupakan bantuan yang di berikan kepada ibu yang bakal menimang cahaya mata di negeri Sarawak.Program ini menyediakan bantuan kewangan bagi menampung kos bersalin dan perbelanjaan asas bayi yang baru lahir.
Ibu-ibu yang layak akan menerima sejumlah wang tunai yang boleh digunakan untuk perbelanjaan perubatan dan penjagaan kesihatan. BIB bertujuan mengurangkan beban kewangan keluarga yang kurang berkemampuan serta memastikan ibu dan bayi mendapat penjagaan yang diperlukan untuk kesejahteraan mereka.
Apakah Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?
Program ini merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian sebanyak RM450.00 dalam bentuk tunai kepada setiap ibu berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus ‘K’ yang melahirkan anak bagi membantu keperluan ibu selepas melahirkan anak seperti pemakanan sihat serta penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah di tetapkan:
- Warganegara Malaysia
- Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak
- Ibu merupakan pemegang MyKAD Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang MyKAD Sarawak yang berstatus “K”; dan
- Permohonan boleh dibuat bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga tempoh 3 bulan selepas bersalin.
Dokumen penting Permohonan
Dokumen berikut perlu disertakan bersama borang permohonan:
- Salinan kad pengenalan / pasport ibu
- Salinan kad pengenalan / pasport pasangan atau penjaga
- Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus “K”.
- Salinan muka hadapan buku rekod kesihatan ibu mengandung
- Salinan penyata akaun bank terkini
- Salinan surat pengesahan doktor/nota discaj/sijil lahir bayi.
Nota : Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kumpulan A Gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat (dikecualikan bagi permohonan secara atas talian).
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah di hantar ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat/ Pejabat Residen/ Pejabat Daerah/ Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK.
Jika isi secara online boleh lampirkan sekali semasa mengisi borang secara atas talian
Kaedah Permohonan
Permohonan Bantuan Ibu Bersalin Sarawak boleh di buat melalui :
- Online di laman web iSarawakCare
- Manual di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah atau Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin, MASJA II (Kuching sahaja).
Boleh juga baca: MyFutureJobs: Langkah Pendaftaran Kerja, MyStep, dan Jawatan Guru Ganti
Cara Mohon BIB Sarawak
Permohonan Online
- Permohonan Online boleh di buat melalui pautan berikut : https://isarawakcare.sarawak.gov.my
- Buat pendaftaran jika belum daftar dan Log in serta ikuti arahan yang di berikan dan sediakan dokumen yang di perlukan
- Setelah permohonan selesai dan dokumen lengkap dihantar, semakan daripada pihak KPWK akan dilakukan antara 7 hingga 14 hari waktu bekerja.
- Kemudian, proses pembayaran juga akan mengambil masa anggaran 7 hingga 14 hari waktu bekerja.
- Pemohon akan menerima notifikasi pembayaran melalui emel.
Permohonan Manual
Untuk permohonan manual,anda mesti dapatkan borang melalui:
- Mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah
- Pejabat Daerah atau Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin
- MASJA II (Kuching sahaja)
ATAU
Borang Permohonan boleh download/muat turun DISINI
Makluman:
- Permohonan wajib dibuat bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga tempoh 3 bulan selepas bersalin;
- Permohonan ini hanya sah bagi tempoh enam (6) bulan dari tarikh anda memohon. Sekiranya tiada dokumen lengkap yang diterima dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan ditolak secara automatik tanpa sebarang notifikasi dihantar; dan
- Permohonan yang tidak lengkap dari segi dokumen tidak akan diproses.
Semakan Permohonan
Semakan permohonan boleh di buat melalui:
- WhatsApp: +6014-6881398 (mesej sahaja)
- iSarawakCare (bagi permohonan online)
Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi:
Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB) melalui e-mel: bib@sarawak.gov.my
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman rasmi iSarawakCare
Soalan Lazim (FAQ)
Bagaimanakah saya boleh memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?
Permohonan BIB boleh dibuat secara online dan manual seperti berikut:
Online
Permohonan dalam talian boleh dibuat melalui aplikasi web iSarawakCare (https://isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/)
Manual
Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak atau Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak, KPWK (Kuching sahaja).
Berapa kali saya boleh memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?
Anda boleh memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB) setiap kali anda melahirkan anak dengan syarat wajib memohon dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin.
Berapa hari yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk memproses permohonan saya?
Sekurang-kurangnya 14 hari waktu bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen yang dihantar kepada KPWK.
Saya sudah bersalin, adakah saya masih layak memohon?
Sekiranya anda sudah bersalin, anda masih layak memohon BIB dengan syarat dalam tempoh 3 bulan selepas anda bersalin.
Adakah saya masih layak sekiranya saya mengalami keguguran selepas memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?
Pemohon adalah layak mendapat Bantuan Ibu Bersalin (BIB) sekiranya usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas serta mempunyai pengesahan daripada pegawai perubatan.
Sekiranya saya mengalami keguguran pada usia kandungan 1 bulan, adakah saya layak untuk mendapat BIB?
Tidak layak kerana usia kandungan anda tidak mencapai 22 minggu dan ke atas.
Sekiranya saya tidak mempunyai akaun simpanan persendirian, adakah saya boleh menggunakan akaun suami atau penjaga untuk menerima Bantuan Ibu Bersalin (BIB) tersebut?
Pemohon harus memohon kepada Setiausaha Tetap, KPWK untuk mendapat kebenaran bagi menggunakan akaun suami atau penjaga bagi penyaluran Bantuan Ibu Bersalin.
Siapakah yang perlu saya hubungi untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini?
Sila hubungi +6082-442050 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau e-mel ke bib@sarawak.gov.my