Aduan Potholes DBKL merupakan salah satu saluran aduan yang boleh di buat oleh orang ramai berkenaan maklumat berkaitan kerosakan jalan raya.
Saluran aduan ini diwujudkan demi keselamatan pengguna jalan raya berikutan banyak kes kemalangan dilaporkan berlaku sejak beberapa minggu ini berpunca daripada terdapatnya jalan berlubang di atas jalan raya.
Apa itu Aduan Potholes DBKL?
Merupakan salah satu talian aduan melalui aplikasi whatsapps untuk memudahkan orang ramai membuat aduan atau menyalurkan maklumat kerosakan jalan raya di ibu kota kuala Lumpur
Tujuan No aduan Hotline whatsappp DBKL
Berikut merupakan tujuan saluran aduan ini di wujudkan ialah untuk segera DBKL membaiki sebarang jalan raya rosak atau berlubang berdasarkan maklumat orang ramai bagi memastikan ibu negara bebas daripada jalan berlubang demi keselamatan pengguna jalan raya berikutan banyak kes kemalangan dilaporkan berpunca daripada terdapatnya jalan berlubang di atas jalan raya.
Cara Buat aduan Potholes DBKL
Berikut adalah no whatsapp saluran aduan tersebut:
Aduan Potholes DBKL di 011 62396652 (https://wa.link/jobdg3)
Untuk membuat aduan boleh ikuti cara berikut:
- Ambilkan gambar kerosakan jalan yang terlibat
- Hantarkan ke aplikasi whatsapp Aduan Potholes DBKL – 011 62396652
- Berikan lokasi yang tepat bagi membolehkan pihak DBKL melaksanakan kerja baikpulih dengan lebih pantas.
Contoh aduan adalah seperti berikut:
Aduan Lain
Untuk membuat pelbagai aduan lain,boleh rujuk talian hotline DBKL di bawah:
- 03-2617 9000
- 1 800 88 3255
Boleh juga baca: MyBayar Saman:Pembayaran dan Semakan Saman PDRM online
Jenis Aduan
Berikut adalah jenis aduan yang boleh di buat kepada DBKL:
- Sampah
- Semak Samun
- Rumput
- Pembersihan Jalan
- Kekotoran Jalan
- Kekotoran Gerai Penjaja / Premis
- Jalan
- Permit Pengorekan Jalan
- Lampu Jalan
- Lampu Isyarat
- Pagar Keselamatan
Cara Buat Aduan kepada DBKL
Berikut adalah proses untuk membuat aduan:
- Layari portal ADU@KL di pautan http://adukl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do
- Klik pada Maklumbalas Baru
- Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
- Tajuk
- Butiran
- Hasil yg dikehendaki
- Lokasi Peta (jika berkenaan)
- Muat Naik Lampiran
- Setelah lengkap klik pada Teruskan
- Kemudian isikan butiran maklumat yang diperlukan kemudian tekan Hantar
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
- Laman web aduan ISPAAA
- Hotline DBKL (pusat panggilan)
- Portal Rasmi DBKL