Kalendar Islam 2026: Peristiwa dan Tarikh-Tarikh Penting

Estimated reading time: 5 minutes

Kalendar Islam 2026:Peristiwa dan Tarikh-Tarikh Penting adalah untuk umat Islam mengenali dan menghayati tarikh-tarikh bersejarah dalam kalendar Hijriah.Kalendar ini merangkumi peristiwa-peristiwa utama dalam agama Islam seperti awal dan akhir Ramadan, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, serta Hari Asyura dan Nisfu Syaaban.

Selain itu, kalendar ini juga menandakan tarikh-tarikh penting lain seperti Isra’ Mikraj, Maulidur Rasul, dan Awal Muharram Sedikit sebanyak dapat memberi gambaran ringkas mengenai peristiwa-peristiwa tersebut, memastikan umat Islam dapat merancang dan mempersiapkan diri dengan lebih baik untuk menyambut tarikh penting dalam islam yang penuh bermakna sepanjang tahun 2025.

Umat Islam di Malaysia boleh merujuk kepada kalendar Islam 2026 dan tarikh-tarikh penting dalam bulan Islam yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Takwim Kalendar Islam JAKIM 2026 / 1447-1448H

Takwim Kalendar Islam JAKIM 2026 ialah kalendar rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai panduan utama umat Islam di Malaysia bagi tahun 2026 Masihi, bersamaan 1447–1448 Hijriah.

Kalendar Islam berasaskan peredaran bulan (qamariah), menyebabkan tarikh-tarikh Hijriah berubah setiap tahun berbanding kalendar Masihi. Penentuan awal setiap bulan Hijriah adalah mengikut kriteria kebolehnampakan hilal Imkanur-Rukyah, dan dikira oleh Panel Pakar Falak JAKIM serta Bahagian Penyelidikan JAKIM

Di bawah merupakan takwim & kalendar islam 2026 yang telah di keluarkan untuk rujukan umum:

takwim kalendar islam JAKIM

Di bawah merupakan tarikh dan peristiwa penting dalam islam untuk tahun 2026:

Tarikh-Tarikh Penting Islam 2026

Tarikh HijriTarikh MiladiHari Kebesaran Islam
27 Rejab 1447H17 Jan 2026Israk dan Mikraj
*1 Ramadan 1447H19 Feb 2026Awal Ramadan / Berpuasa
17 Ramadan 1447H7 Mac 2026Nuzul Al-Quran
*1 Syawal 1447H21 Mac 2026Hari Raya Aidilfitri
1 Zulhijjah 1447H18 Mei 2026Awal Zulhijjah
*10 Zulhijjah 1447H27 Mei 2026Hari Raya Aidiladha
1 Muharam 1448H17 Jun 2026Maal Hijrah
12 Rabiulawal 1448H25 Ogos 2026Maulidur Rasul

*Tertakluk kepada pengisytiharan rasmi.

tarikh penting dalam islam

Boleh juga baca: Kalendar 2026: Senarai Cuti Umum dan Cuti Sekolah Malaysia

Maklumat mengenai Peristiwa dan Tarikh-Tarikh Penting dalam Islam

Berikut secara ringkas maklumat di sebalik peristiwa di atas:

27 Rejab: Israk Mikraj

  • Israk Mikraj adalah peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW melakukan perjalanan malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di di Palestin) dan seterusnya diangkat ke langit (Mikraj) untuk bertemu Allah SWT.
  • Peristiwa ini menjadi salah satu pembuktian keimanan terhadap kebenaran Baginda SAW kerana ia merupakan satu mukjizat.

15 Syaaban: Malam Nisfu Syaaban

  • Malam Nisfu Syaaban adalah malam pertengahan bulan Syaaban. Ia dianggap malam yang penuh dengan keberkatan dan rahmat di mana amalan umat Islam diangkat ke langit dan catatan amal digantikan dengan yang baru. Ramai umat Islam mengambil kesempatan ini untuk berdoa dan memohon keampunan.
  • Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
    “Allah SWT melihat hambaNya pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua hambaNya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.
    Sahih Ibnu Hibban (5665)

1 Ramadan: Awal Ramadan

  • Awal Ramadan menandakan permulaan bulan Ramadan, bulan kesembilan dalam kalendar Islam. Bulan ini istimewa kerana umat Islam diwajibkan berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Ramadan juga dikenali sebagai bulan ibadah, di mana amalan seperti solat, membaca al-Quran, dan bersedekah diperbanyakkan.

17 Ramadan: Nuzul al-Quran

  • Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat pertama al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril. Peristiwa ini berlaku pada malam Lailatul Qadr dalam bulan Ramadan, yang juga dikenali sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan.
  • Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad. Ketika itu, baginda sedang beribadat di Gua Hira’.

1 Syawal: Hari Raya Aidilfitri

  • Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia menandakan berakhirnya bulan Ramadan. Ia juga dikenali sebagai ‘Hari Raya Puasa’. Pada hari ini, umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri, bermaaf-maafan, dan mengunjungi sanak-saudara.

1 Zulhijjah: Awal Zulhijjah

  • Awal Zulhijjah menandakan permulaan bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalendar Islam. Bulan ini sangat penting bagi umat Islam kerana ia adalah bulan di mana ibadah haji dilakukan. Sepuluh hari pertama Zulhijjah dianggap hari yang penuh keberkatan.
  • Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.A, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
    Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini.” yakni 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda: “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

10 Zulhijjah: Hari Raya Aidiladha

  • Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai ‘Hari Raya Haji’ atau ‘Hari Raya Korban’. Ia disambut oleh umat Islam sebagai memperingati kesediaan Nabi Ibrahim AS untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS, atas perintah Allah SWT. Pada hari ini, haiwan ternakan seperti lembu, kambing, dan unta disembelih sebagai korban.
  • Hari Raya Haji yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Aidiladha di Malaysia jatuh pada hari ke-10 Zulhijah dan berlangsung selama empat hari iaitu hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun.

1 Muharam: Maal Hijrah/Tahun Baru Islam

  • Maal Hijrah adalah sambutan tahun baru dalam kalendar Islam. Ia memperingati peristiwa hijrah (perpindahan) Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah. Hijrah ini menandakan permulaan tahun baru dalam kalendar Islam.

12 Rabiulawal: Maulidur Rasul

  • Maulidur Rasul adalah hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Umat Islam memperingati peristiwa tersebut untuk mengingati dan menghargai jasa serta pengorbanan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan ajaran Islam. Ia juga merupakan masa untuk memperkukuhkan cinta dan kesetiaan kepada baginda dengan meneladani akhlak dan ajaran baginda.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi atau rujuk di pautan berikut
https://www.islam.gov.my/ms/

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via
Share via