STR Bujang 2024 merupakan bantuan kepada golongan bujang yang berusia 21 tahun ke atas dan menepati syarat yang di tetapkan.Untuk permohonan baru,permohonan telah pun di buka bermula 1 November 2023.
Untuk makluman,permohonan adalah di buka sepanjang tahun.Anda dah buat permohonan baru dan semak kelayakan anda?Untuk maklumat lengkap mengenai permohonan baru,anda boleh rujuk SINI
Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024?
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup
STR merupakan sebuah program Bantuan Tunai B40 yang sebelum ini di kenali BSH, BPN, BPR dan BKM.dan untuk tahun 2023 dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 serta terbaru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Kelayakan Permohonan STR Bujang 2024
Untuk membuat permohonan,pemohon perlu memenuhi kategori yang telah di tetapkan iaitu:
i) Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Jumlah Pembayaran STR Bujang 2023
Untuk pembayaran,penerima bagi golongan bujang akan menerima RM350
NOTA:
Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori isi rumah miskin dan miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- penerima isi rumah yang tersenarai sebagai isi rumah miskin dan Miskin Tegar yang berdaftar dalam e-Kasih
- mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 12 bulan
Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | |
Kategori Penerima | Kadar Sumbangan |
Penerima STR berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM | RM1,200 (RM100 sebulan) |
Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM | RM300 |
Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM | RM150 |
Tarikh Fasa Pembayaran
Pembayaran adalah di lakukan sebanyak 4 fasa mengikut tarikh yang telah di tetapkan iaitu:
- Fasa 1 – 29 Januari 2024
- Fasa 2 – 03 April 2024
- Fasa 3 – 29 Ogos 2024
- Fasa 4 – November 2024
Semakan Bayaran dan Status STR
Semakan Online boleh di buat di :
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau d. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut,boleh boleh hubungi melalui saluran berikut:
- Soalan Lazim FAQ STR 2024 di bawah:
- Talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.