Semakan i-Sinar KWSP.Kemaskini terbaru dari KWSP berkenaan kemudahan i-Sinar dimana semakan status permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula 4 Januari ini di pautan Web Rasmi i-Sinar KWSP.
Pengkreditan Bayaran i-Sinar KWSP akan dikreditkan secara berkala sehingga 6 bulan bermula dari tarikh pembayaran pertama dibayar.
Jadual Pembayaran iSinar mengikut kemaskini terbaru
- Kategori 1: 11 Januari 2021
- Kategori 2: Pertengahan Februari 2021
Bagi permohonan yang tidak berjaya untuk kategori 1,permohonan untuk kategori 2 boleh dibuat dari 11 Januari 2021.

Melalu belanjawan 2021,Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar akan dibenarkan berjumlah RM500 sebulan yang memberikan manfaat kira-kira 600,000 orang ahli sahaja.
KWSP dalam kenyataan terbaharunya bersetuju untuk meluaskan skop i-Sinar yang akan memberikan manfaat sekitar 8 juta ahli yang terjejas.
Melalui pengumuman terbaru tersebut maka lebih ramai pencarum layak untuk memohon kemudahan i-Sinar dimana permohonan tersebut telah dibuka bulan Disember yang Lepas.
Kategori-kategori kelayakan pemohon
Dua kategori yang layak untuk membuat permohonan:
- Mereka yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau diberi cuti tanpa gaji.
- Mereka yang masih bekerja tetapi mengalami masalah pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020.
Syarat dan kelayakan pemohon
Bagi Kategori 1:
- Ahli yang tiada caruman dengan KWSP selama 2 bulan berturut-turut; atau
- Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.
Bagi Kategori 2:
- Slip gaji sebelum atau selepas pengurangan pendapatan.
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa
Kadar pengeluaran yang dibenarkan
Pengeluaran yang dibenarkan bagi kemudahan i-Sinar ini ialah 10% daripada Akaun 1 mereka dan tertakluk kepada baki minimum RM100.
Terdapat dua kriteria yang di ambik kira dalam kadar pengeluaran ini:
- Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah dibenarkan untuk mengeluarkan wang sehingga RM10,000.
- Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 RM100,000 ke atas dibenarkan untuk mengeluarkan 10% simpanan mereka dan maksimum pengeluaran adalah sebanyak RM60,000.
Kriteria pertama: Pihak KWSP akan mengkreditkan wang tersebut selama 6 bulan dengan pendahuluan bagi bulan pertama adalah sehingga RM5,000.
Kriteria kedua: pendahuluan maksimum yang akan dikreditkan bagi bulan pertama adalah sehingga RM10,000 dan bakinya akan diberikan pada bulan-bulan seterusnya sehingga 6 bulan.
Sebagai contoh sila rujuk jadual dibawah:
- Kriteria: Baki Akaun 1 berjumlah RM90,000 dan ke bawah
Baki Akaun 1 | Pendahuluan Bulan Pertama | Maksimum Jumlah Pengeluaran Dibenarkan |
RM4,500 | Sehingga RM4,400 | RM4,400 |
RM10,000 | Sehingga RM5,000 | RM10,000 |
RM70,000 | Sehingga RM5,000 | RM10,000 |
2. Kriteria: Baki Akaun 1 berjumlah RM100,000 ke atas
Baki Akaun 1 | Pendahuluan Bulan Pertama | Maksimum Jumlah Pengeluaran Dibenarkan |
RM100,000 | Sehingga RM10,000 | RM10,000 |
RM500,000 | Sehingga RM10,000 | RM50,000 |
RM800,000 | Sehingga RM10,000 | RM60,000 |
Panduan cara membuat permohonan langkah demi langkah:
Prosedur permohonan Pengeluaran I-Sinar KWSP
Cara membuat Semakan i-Sinar KWSP Akaun 1
Semakan boleh di buat di portal rasmi i-sinar KWSP,boleh ikut langkah demi langkah di bawah:
- Boleh layari ke pautan web rasmi iSinar KWSP iaitu https://isinar.kwsp.gov.my
- Pergi ke butang SEMAK STATUS
- Semakan boleh dibuat bermula 4 Januari 2021.
Pertanyaan Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan mengenari pengeluaran Akaun 1 KWSP,boleh hubungi:
- Telefon: 03-8922 6000
- Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Laman Sesawang: Portal Rasmi KWSP