Perut lembu, atau juga dikenali sebagai babat, merupakan bahagian dalam lembu yang sering digunakan dalam pelbagai masakan tradisional di seluruh dunia terutama sekali masa hari raya korban, majlis akikah atau majlis perkahwinan.
Ia mempunyai tekstur yang unik dan dapat menyerap rasa dengan baik, menjadikannya pilihan popular dalam hidangan Sup, Masak lemak, dan kari.
Selain enak, perut ini juga kaya dengan nutrien seperti protein, vitamin B12, dan zat besi, yang baik untuk kesihatan. Walau bagaimanapun, perut ini memerlukan proses pembersihan yang teliti untuk menghilangkan bau dan kekotoran. Memasak hidangan ini juga memerlukan teknik yang betul untuk memastikan ia lembut dan lazat.
4 Jenis Perut Lembu yang biasa di jumpai
Bahagian ini juga dikenali sebagai tripe, merupakan salah satu bahagian organ dalaman lembu yang sering digunakan dalam masakan terutama di Malaysia.
Terdapat 4 jenis yang biasa orang makan dan dijumpai, iaitu perut Rumen, Retikulum, Omasum, dan Abomasum.
A) Rumen/ Perut Tuala
Perut Rumen adalah yang paling besar dan sering digunakan dalam masakan kerana teksturnya yang kenyal.
B) Retikulum / Perut Sarang Lebah
Retikulum, dikenali sebagai perut jaring, mempunyai tekstur yang lebih halus dan berongga.
C) Omasum / Perut Kitab
Omasum, atau perut buku, mempunyai lapisan-lapisan nipis seperti buku dan memberikan tekstur yang unik apabila dimasak.
D) Abomasum / Perut Jerami
Abomasum adalah perut yang paling halus dan jarang digunakan dalam masakan.
Selain itu, ada dua lagi jenis perut iaitu perut muda dan perut tua. Secara teknikal ia bukan perut, tetapi usus. Perut muda adalah usus kecil, dan perut tua adalah usus besar.
Boleh juga baca: Nama Kucing Betina:Pemilihan nama berdasarkan Keperibadian dan warna Bulu
Khasiat dalam Perut lembu
Perut lembu kaya dengan nutrien yang penting untuk kesihatan tubuh. Ia mengandungi protein tinggi, yang penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
Selain itu, perut lembu juga mengandungi vitamin B12, zink, dan selenium, yang berfungsi untuk menjaga sistem imun yang sihat dan menggalakkan fungsi otak yang baik.
Kandungan lemaknya yang rendah menjadikan perut lembu sebagai pilihan daging yang baik bagi mereka yang ingin menjaga berat badan.
Walaupun mengandungi kolesterol, pengambilan dalam kuantiti yang sederhana boleh memberikan manfaat kesihatan tanpa risiko yang besar.
Seperti mana-mana makanan, perut lembu harus dimakan dalam kuantiti yang sederhana. Pengambilan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti peningkatan kadar kolesterol dalam darah.
Adalah penting untuk memastikan bahawa perut lembu dimasak dengan sempurna untuk mengelakkan risiko keracunan makanan.
Cara Cuci dan bersihkan Perut
Membersihkan perut lembu memerlukan ketelitian untuk memastikan ia bebas dari kotoran dan bau yang tidak menyenangkan. Berikut adalah caranya:
- Pertama, bilas perut lembu di bawah air mengalir untuk menghilangkan kotoran luaran. Rendam perut dalam air Kapur Makan(kapur yang makan sireh) selama 15-20 minit untuk membantu mengeluarkan bau dan kotoran yang tersisa.
- Selepas itu, cuci,kikis gosok perut lembu dengan menggunakan pisau dan berus untuk menghilangkan sebarang sisa kotoran.
- Kemudian, Bila perut lembu sudah bersih sepenuhnya, cuci perut lembu dengan air limau nipis untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.
- Hasilnya, kotoran dan warna hitam pada perut hilang dengan mudah. Yang tinggal hanya perut putih bersih yang sedia untuk dimasak.
Boleh rujuk video-video perkongsian di bawah:
kredit FB Zarini Jaafar
Cara Perut Lembu Cepat Masak dan Empuk
Untuk memastikan perut lembu menjadi lembut dan sedap dimakan, proses memasaknya memerlukan masa dan kesabaran. Berikut adalah caranya:
- Selepas perut dibersihkan dengan sempurna, potong kepada saiz yang dikehendaki. Rebus perut dalam air yang cukup untuk menenggelamkannya bersama dengan rempah-rempah seperti serai yang telah diketuk, lada hitam dan bawang merah yang telah dihiris.
- Biarkan perut mendidih pada api sederhana selama sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam atau sehingga perut menjadi lembut. Semakin lama anda merebusnya, semakin lembut tekstur perut tersebut.
Selepas direbus, perut lembu boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan seperti sup, gulai, atau hidangan panggang. Potong perut lembu yang sudah lembut mengikut resipi pilihan anda dan masak seperti biasa. Perut lembu yang dimasak dengan betul akan memberikan tekstur kenyal dan rasa yang enak kepada hidangan anda.