Permohonan Perajurit Muda TLDM Siri 225/23 (2022) untuk Lepasan SPM dan Diploma

0 224

Sukacita dimaklumkan bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan membuka pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 225/23 (2022) secara atas talian.

Permohonan ini terbuka kepada  calon lepasan SPM/ SVM (Lelaki dan Wanita) dan Diploma Kejuruteraan (Lelaki) seperti yang ditetapkan.Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan, gaji, elaun keistimewaan dan cara membuat permohonan dan pendaftaran.

Tempoh Permohonan

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TLDM di buka bermula :

15 Ogos 2022 hingga 26 September 2022

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah kelayakan untuk memohon:

  • Semua calon lelaki dan wanita merupakan warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 25 pada tarikh 9 Jun 2023
  • Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik/ Universiti Awam/ Swasta- Lelaki sahaja
  • Taraf perkahwinan – Bujang (tidak pernah berkahwin)
  • Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana

Kelayakan Akademik Bagi Lepasan SPM/SVM

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki kepujian:
    a) Bahasa Inggeris
    b) Matematik
    c) Sains
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu

Kelayakan Lepasan Diploma Kejuruteraan

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu.
  • Pemohon perlu mengemukakan sijil diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi.
  • Diploma yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) seperti berikut:
    – Diploma in Engineering
    – Diploma in Electrical Engineering
    – Diploma in Electronics Engineering
    – Diploma in Electrical and Electronic Engineering
    – Diploma in Marine Engineering
    – Diploma in Software Engineering
    – Diploma in Microelectronic Engineering
    – Diploma in Information Engineering
    – Diploma in Telecommunication Engineering
    – Diploma in Mechanical Engineering
    – Diploma in Mechatronic Engineering
    – Diploma in Manufacturing Engineering
    – Diploma Engineering in Aircraft Maintenance

Taraf Kesihatan

  • Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa sebarang alat bantuan
  • Penglihatan – Jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna
  • Lelaki – Ketinggian minimum 1.62 meter, Berat minimum 47.5kg (BMI 18.0 – 25.0)
  • Wanita – Ketinggian minimum 1.60 meter, Berat minimum 46.5kg (BMI 18.0 – 23.0)

Gaji,Elaun dan Keistimewaan

Gaji permulaan yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Latihan Perajurit Muda (6 Bulan) – RM1,774.00
  • Diperjawatkan (kelulusan):
    SPM atau SVM: RM1,879.00
    SPM dan SKM Tahap 2: RM1,945.01
    SPM dan SKM Tahap 3: RM2,011.02
    Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus) – RM2,341.07

*Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Intensif Khas ATM (RM200)

Keistimewaan

  1. Kenaikan Tahunan – Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat
  2. Bayaran Elaun dan Insentif (tertakhluk syarat dan kelayakan) – Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut, Bayaran Insentif Khas Krew Kapal Selam, Bayaran Insentif Sabah/Sarawak/Semenanjung, Tuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat Bertugas dan Tuntutan Cuti Tahunan
  3. Rawatan perubatan dan pergigian, pakaian seragam, waran perjalanan tahunan, sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang, caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera, peluang melanjutkan pelajaran melalui Skim Pengajian Tinggi secara percuma dan pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc)

Anda juga boleh baca : E-Pengambilan TUDM 2022:Pengambilan Perajurit Muda (Lelaki) Online Dibuka

Cara Mohon

1.Untuk membuat permohonan Perajurit Muda TLDM,anda hendaklah memohon secara atas talian melalui pautan berikut:

https://www.navy.mil.my/index.php/ms/

2.Butiran maklumat awal pemohon akan disemak dan diproses oleh TLDM.

3. Pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan.

4. Pemohon yang berjaya akan diberitahu melalui SMS dan EMAIL

5. Pemohon perlu melapor diri ke pusat pemilihan mengikut lokasi yang dipilih

6. Pemohon perlu mendaftar hanya sekali sahaja

Makluman:
Hanya calon yang mendaftar atas talian (online) serta memenuhi syarat yang telah dinyatakan sahaja berpeluang dipilih untuk ke pemilihan. Mana-mana pemohon yang hadir tanpa pendaftaran atas talian TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

Rujuk maklumat penuh iklan di SINI

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

  • Markas Tentera Laut
    Cawangan Strategi & Perkhidmatan Sumber Manusia – Bantuan Wisma Pertahanan
    Jalan Padang Tembak,
    50634 Kuala Lumpur
  • Emel: pengambilantldm@navy.mil.my
  • Tel: 019 2104163


Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More