FSA2 KWSP MyRinggit Ihsan-i merupakan pembiayaan peribadi dari Bank Simpanan Nasional (BSN).FSA2 KWSP ini adalah untuk membantu ahli KWSP mendapatkan bantuan kewangan melalui pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan tersebut.
Lanjutan dari pengumuman kerajaan yang membenarkan pengeluaran KWSP secara bersyarat melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2), Bank Simpanan Malaysia (BSN) telah memperincikan syarat dan proses permohonan Pembiayaan Peribadi BSN MyRinggit Insan–i khas untuk ahli KWSP.
Setakat ini permohonan ini boleh di buat melalui 2 bank sahaja iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Untuk MBSB Bank anda boleh rujuk syarat dan proses permohonan DISINI
Apakah Pengeluaran Bersyarat KWSP atau Fasiliti Sokongan Akaun 2 FSA2?
Merupakan alternatif kerajan sebagai ganti untuk pengeluaran Khas KWSP sebelum ini.Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah satu kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.Simpanan dalam Akaun 2 boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.
Maklumat Penuh mengenai FSA2 boleh artikel INI
FSA2 KWSP MyRinggit Ihsan-i BSN
FSA2 KWSP MyRinggit Ihsan-i merupakan pembiayaan peribadu BSN Bank.
Melalui BSN MyRinggit Insan-i ini, Pelanggan akan membuat Notis Pengeluaran Bersyarat umur *50 sehingga **55 tahun di mana simpanan Pelanggan di akaun 2 KWSP (beserta dividen) tersebut akan dibayar kepada pihak bank apabila Pelanggan mencapai mana-mana umur yang dipilih oleh Pelanggan (50 sehingga 55 tahun).
Bank Simpanan Nasional menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 14 April 2023.
Berikut maklumat pembiayaan yang di berikan:
Kadar Keuntungan | *KAS + 1.75% |
Had Pembiayaan | Minimum: RM3,000 Maksimum: RM50,000 |
Tempoh Pembiayaan | Sehingga 10 tahun atau sehingga umur 55 tahun pada akhir tempoh Pembiayaan, yang mana terdahulu. |
Kaedah Bayaran Ansuran Bulanan | Tunai di kaunter BSNArahan Tetap Akaun BSN Giro/i (Standing Instruction)Arahan Tetap dari Institusi Kewangan lainIBG/ e-payment ATM/ CDM/ myBSN |
Ya, anda perlu membayar secara ansuran setiap bulan sehingga penyelesaian penuh.
Sekiranya pembiayaan anda berjaya,
a) Bayaran ansuran bulanan pertama akan bermula pada tarikh amaun pembiayan penuh diterima pada bulan seterusnya dan/atau pada tarikh yang akan diputuskan oleh BSN mengikut budi bicara.
b) Ansuran bulanan untuk bulan-bulan berikutnya adalah pada tarikh yang sama setiap bulan sehingga tamat tempoh pembiayaan.
Pembayaran ansuran bulanan boleh dilakukan melalui:
- Secara tunai di kaunter BSN;
- Arahan Tetap Akaun Giro-i BSN ;
- Arahan Tetap daripada Institusi Kewangan lain
- Melalui IBG/ ATM / CDM / MyBSN
Jika berlaku sebarang kegagalan/kelewatan pembayaran ianya akan menjejaskan rekod kewangan / kredit di dalam laporan Central Credit Reference Information System (CCRIS) dan Credit Tip-Off Service (CTOS) pelanggan.
Tarikh Permohonan Dibuka
Permohonan untuk fasiliti ini ditawarkan bermula 14 April 2023 sehingga 4 April 2024 menerusi laman rasmi BSN.
Kelayakan dan Syarat Permohonan
Kelayakan permohonan yang telah ditetapkan ialah:
- Berumur 40 – 50 tahun sewaktu memohon
- Ahli KWSP (mendaftar i-Akaun dengan KWSP) yang mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 di dalam Akaun 2 KWSP
- Memahami dan menerima Kesedaran dan Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 di halaman / laman web BSN
- Melepasi semakan kredit BSN termasuk penilaian kelayakan
Semakan Kelayakan
Untuk membuat semakan sama ada anda layak atau tidak memohon pinjaman bercagar KWSP (FSA2 BSN) ini, sila ikuti langkah berikut:
- Daftar dan aktifkan i-Akaun sekiranya perlu*
- Semak kelayakan di i-Akaun
- Mohon di institusi perbankan yang mengambil bahagian mulai 7 April 2023
*Untuk daftar i-Akaun boleh rujuk artikel penuh DISINI
Daftar dan aktifkan i-Akaun di Self Service Terminal (SST) di cawangan KWSP berdekatan bagi membolehkan anda menerima nombor Transaction Authorisation Code (TAC) bagi tujuan semakan kelayakan.
Ahli KWSP dinasihatkan untuk membuat semakan jumlah simpanan Akaun 2 KWSP sebelum membuat permohonan BSN MyRinggit Insan-i
Cara Membuat Permohonan
Permohonan boleh di buat melalui cara berikut:
- Layari pautan di bawah secara atas talian melalui laman web rasmi BSN berikut: https://www.bsn.com.my/page/Insan-i
- Tekan APPLY NOW dan baca serta bersetuju dengan semua terma dan syarat sebelum meneruskan permohonan
- Isi nama dan kad pengenalan, semak kelayakan KWSP untuk permohonan.
- Klik teruskan dan sahkan identiti anda menerusi nombor TAC yang diterima.
- Isikan jumlah dan tahun pembiayaan yang ingin dipohon.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan pembiayaan.
- Permohonan anda akan diproses dalam 5 hari bekerja berdasarkan penialain kredit dan status bankrap.
- Notifikasi SMS akan dihantar sekiranya permohonan diluluskan dan seterusnya melakukan penerimaan tawaran pembiayaan secara atas talian.
- Anda boleh menyemak status permohonan melalui https://www.bsn.com.my/page/insan-i menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
Semakan status Permohonan
Anda boleh membuat semakan status permohonan melalui pautan berikut:
https://www.bsncheckin.com.my/BSNmyringgitinsan-portal/login.aspx dari masa ke semasa untuk check permohonan anda.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh semak atau hubungi melalui pautan berikut:
- Lihat semua kadar perbankan.
- Lihat semua fi & caj.
- Lihat Penyata Pendedahan Produk.
- Lihat Soalan-soalan lazim.
- Lihat Proses Permohonan Pembiayaan.
- Tertakluk pada Terma & Syarat.
- Laman web rasmi BSN : https://www.bsn.com.my/
- Hotline BSN : 1300 88 1900
- Facebook : BSN Malaysia
FAQ FSA2 KWSP MyRinggit Ihsan-i BSN Bank