Kadar Zakat Fitrah 2024:Kadar Bayaran Dan Cara Bayar Online

Kadar Zakat Fitrah 2024 seluruh negeri di Malaysia.

Zakat fitrah hendaklah ditunaikan sepanjang bulan Ramadan dimana waktu atau masa bagi tujuan menunaikannya adalah bermula dari awal sehingga akhir bulan Ramadan.

Umat Islam dinasihatkan supaya  membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Waktu untuk bayar Zakat Fitrah

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”[1] (Riwayat Muslim: 984)

Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.

  • Yang pertama adalah HARUS iaitu membayar zakat fitrah setelah masuknya bulan Ramadan.
  • Waktu WAJIB pula ialah pada malam satu Syawal.
  • Afdal / Sunat membayar pada pagi hari raya iaitu setelah terbitnya matahari sebelum menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.
  • Manakala selepas selesai solat sunat Aidilfitri hukumnya adalah MAKRUH.
  • Melewatkan pembayaran sehingga luput 1 Syawal hukumnya adalah HARAM.
waktu Bayar zakat Fitrah

Siapa kena bayar Zakat Fitrah?

Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:

  • Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
  • Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
  • Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

Anda boleh juga baca: Kadar bayaran Fidyah 2024

Kadar Zakat Fitrah 2024 setiap Negeri dan Cara Bayar Online

Kadar Zakat Fitrah 2024 ditetapkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri berdasarkan nilai satu gantang Baghdad beras yang dimakan oleh majoriti penduduk Islam di negeri masing-masing.

Menurut ulama, asal kadar zakat fitrah adalah satu gantang beras dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 10 Jun 2003 menetapkan harga zakat fitrah adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan mengikut timbangan satu gantang Baghdad (bersamaan 2.60 – 2.70kg).

Berikut ialah kadar Zakat Fitrah tahun 1445H/2024 bagi setiap negeri di Malaysia mengikut kadar beras yang dimakan.

  • Perlis – RM7.00
  • Kedah – RM7.00 / RM14.50 / RM22.00
  • Pulau Pinang – RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
  • Perak – RM8.00 / RM16.00 / RM24.00
  • Selangor – RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
  • Wilayah Persekutuan – RM7.00 / RM15.00 / RM22.00
  • Negeri Sembilan – RM7.00 / RM12.50 / RM22.00
  • Melaka – RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
  • Johor – RM7.00 / RM12.00 / RM20.00
  • Pahang – RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
  • Terengganu – RM10.00 / RM22.00
  • Kelantan – RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
  • Sarawak – RM7.50
  • Sabah – RM7.50
zakat fitrah 2024

Sumber : FB Berita RTM

Makluman:

Beras Super Special Tempatan : RM6.50 / RM7.00 / RM8.00

Super Import / Perang / Pulut / Herba Poni / Wangi / Calrose / Poney : RM10.00 / RM13.00 / RM14.00

Basmathi / Jepun / Merah : RM20 / RM21

Cara Bayar Online

Berikut adalah pautan bagi setiap negeri untuk membuat pembayaran:

Perlis

Pulau Pinang

Kedah

Perak

Selangor

Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan)

Melaka

Johor

Pahang

Terengganu

Kelantan

Sarawak

Sabah

Negeri Sembilan

Kesimpulan

Setiap pembayar zakat hendaklah memilih kadar zakat sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan asasi masing-masing.

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via