Gaji 2023 JANM telah mengeluarkan tarikh pembayaran gaji penjawat awam untuk tahun 2023.Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam ini terpakai untuk semua negeri di seluruh Malaysia.
Jadual ini di ambil bersumberkan jadual rasmi terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).Bagi penjawat awam yang masih tertanya-tanya bila tarikh gaji 2023 nak masuk,boleh Ikuti maklumat dan jadual pembayaran di bawah
Tarikh Pembayaran Gaji 2023 JANM Terkini
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia yang bertajuk Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan bagi Tahun 2023 dengan isi kandungan jadual dan tarikh pembayaran gaji penjawat awam tahun 2022.
Tujuan Surat Pekeliling tersebut dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan:
- Jadual pembayaran gaji penjawat awam tahun 2023
- Tarikh pembayaran gaji penjawat awam tahun 2023
- Peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap Kementerian/ Jabatan bagi memastikan penyediaan gaji dapat diuruskan dengan sempurna dan gaji dibayar mengikut tarikh pembayaran gaji 2023 yang ditetapkan oleh ANM
Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan, iaitu 2 November 2022.
Jadual Pembayaran Gaji 2023
Berikut adalah jadual gaji termasuk hari,tarikh,bulan serta tarikh hari perayaan pada bulan tersebut jika berkenaan:
Bulan | Tarikh Bayaran | Hari | Catatan |
Januari | 17.01.2023 | Selasa | Tahun Baru Cina 22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin) |
Februari | 24.02.2023 | Jumaat | |
Mac | 24.03.2023 | Jumaat | |
April | 17.04.2023 #Di awalkan pembayaran bersama Bantuan Khas Aidilfitri(14.04.2023) | Isnin | Hari Raya Puasa 22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad) |
Mei | 19.05.2023 | Khamis | Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu) |
Jun | 23.06.2023 | Jumaat | Hari Gawai 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis) Hari Raya Haji 29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat) |
Julai | 25.07.2023 | Selasa | |
Ogos | 25.08.2023 | Jumaat | |
September | 25.09.2023 | Isnin | |
Oktober | 25.10.2023 | Rabu | |
November | 24.11.2023 | Jumaat | Hari Deepavali 12 November 2023 (Ahad) |
Disember | 19.12.2023 | Selasa | Hari Krismas 25 Disember 2023 (Isnin) |
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut,boleh rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia SPANM Bil. 4 Tahun 2022 – Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2023 DISINI
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medium berikut:
Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611