Program FLYsiswa 2024 adalah inisiatif kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam mendapatkan tiket kapal terbang dengan harga yang lebih berpatutan. Tujuan utama program ini adalah untuk meringankan beban kewangan pelajar yang berasal dari Sabah dan Sarawak serta Semenanjung Malaysia yang perlu pulang ke kampung halaman atau tempat pengajian masing-masing.
Jumlah Bantuan Subsidi Bantuan Tiket Kapal Terbang IPT 2023
Pada tahun 2023, kerajaan menyediakan subsidi tiket kapal terbang sebanyak RM300 kepada setiap pelajar IPT yang layak. Subsidi ini diberikan sebagai baucar digital yang boleh digunakan untuk membeli tiket penerbangan dari syarikat penerbangan yang mengambil bahagian dalam program ini.
Bantuan Flysiswa Fasa 2 (Terkini)
Kerajaan telah mengumumkan bantuan Flysiswa Fasa 2 yang akan mula dilaksanakan pada tahun ini. Bantuan ini akan diberikan kepada pelajar yang tidak sempat memohon pada Fasa 1 atau kepada mereka yang menghadapi masalah teknikal semasa permohonan Fasa 1.
Menurut MOT dalam satu kenyataan , “bagi pelajar baharu bagi sesi kemasukan 1 Jan sehingga 31 Mac ini, ia akan dilaksanakan dalam fasa kedua mulai Julai depan.”
Terma & Syarat Permohonan Flysiswa 2024
Untuk layak memohon bantuan tiket kapal terbang Flysiswa, pelajar perlu memenuhi beberapa syarat, antaranya:
- pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang:
- berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung;
- berasal dari Semenanjung (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
- berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
- berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
- berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
- pelajar masih berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing pada tarikh 31 Disember 2023 bagi Fasa 1 (mulai 1 Mei 2024) dan 31 Mac 2024 bagi Fasa 2 (dijangka bermula pada 1 Julai 2024);
- tarikh akhir untuk pelajar membuat rayuan adalah pada 30 September 2024;
- hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
- hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, MASwings dan FireFly;
- tempoh permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah dari 1 Mei 2024 hingga 30 November 2024; dan
- tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2024. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
Cara membuat permohonan
Berikut adalah cara membuat permohonan:
- Pelajar membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan. Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh klik rayuan bagi memulakan permohonan rayuan;
- membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di laman sesawang syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar;
- setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.
Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell untuk digunakan bagi pembelian tiket seterusnya seperti berikut:
Harga tiket | Jumlah dibayar Kerajaan | Jumlah dibayar pelajar | Baki nilai baucar | |
---|---|---|---|---|
RM300 (Nilai asal) | ||||
Tiket 1 (Kuala Lumpur-Kuching sehala) | RM200 | RM200 | RM0 | RM100 |
Penjelasan: Pelajar A diberi baucar RM300. Beliau membeli Tiket Kuala Lumpur-Kuching (Tiket 1) pada harga RM200 menggunakan baucar. Baki nilai baucar sebanyak RM100 boleh digunakan semula untuk tiket lain. | ||||
Tiket 2 (Kuching-Kuala Lumpur sehala) | RM150 | RM100 | RM50 | RM0 |
Penjelasan: Pelajar A membeli satu lagi tiket iaitu Kuching-Kuala Lumpur (Tiket 2) pada harga RM150. Beliau menggunakan baucar dengan nilai baki RM100 manakala RM50 lagi dibayar oleh beliau. | ||||
Jumlah | RM350 | RM300 | RM50 |
Cara Pembelian Tiket
Setelah menerima baucar digital Flysiswa, pelajar boleh menggunakan baucar tersebut untuk membeli tiket penerbangan melalui laman web syarikat penerbangan yang mengambil bahagian dalam program ini. Pelajar perlu memasukkan kod baucar semasa proses pembayaran untuk menikmati subsidi yang diberikan.
Pemberian bantuan subsdidi tiket kapal terbang ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell iaitu syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan domestik.
**Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, MASwings dan FireFly;
Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.
Boleh juga baca: Skim Perubatan Madani:Syarat,Semakan Kelayakan dan Jenis Rawatan
Rayuan Flysiswa
Sekiranya permohonan Flysiswa ditolak, pelajar boleh membuat rayuan melalui portal Flysiswa dengan mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan. Proses rayuan perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan notis penolakan.
Tarikh akhir rayuan adalah adalah pada 30 September 2024
Tempoh Permohonan Baucar Tiket Fasa 2
Permohonan baucar tiket Fasa 2 telah dibuka mulai 2 Mei 2024 hingga 30 November 2024.
Semakan kelayakan permohonan
Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan melalui pautan berikut: Semakan Baucar Digital Subsidi Tiket Penerbangan
Kesimpulan
Program Flysiswa ini adalah satu langkah yang sangat bermanfaat dalam membantu pelajar IPT menguruskan kos perjalanan mereka dengan lebih efisien. Pelajar digalakkan untuk sentiasa memantau pengumuman terkini dari pihak Kementerian Pengangkutan mengenai program ini.