Permohonan BKM Bantuan Keluarga Malaysia 2022 jumlah bantuan,semakan dan kelayakan

0 285

BKM Bantuan Keluarga Malaysia.Setiap tahun pasti ada bantuan terbaru yang diperkenalkan selepas pembentangan Belanjawan.Seperti sebelum ini,kita diperkenalkan dengan Bantuan Prihatin Rakyat pada bajet 2021 dan yang terbaru kerajaan mempekenalkan Bantuan Keluarga Malaysia.

Bantuan ini merupakan Bantuan Tertinggi dari kerajaan dimana sebelum ini untuk BPR adalah RM1800 kepada golongan yang layak.Bantuan ini terbahagi kepada 4 kategori dimana beberapa kumpalan sasar telah dikenalpasti untuk tahun 2022 melibatkan bilangan anak dan jumlah pendapatan bulanan yang rendah.

Jumlah Bantuan dan kategori pembayaran BKM Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Terdapat 4 kategori untuk setiap pembayaran yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam pembentangan bajet tersebut.Berikut adalah kategori pembayaran yang telah dipersetujui oleh kerajaan:

KATEGORI 1

Bantuan BKM 2022 sebanyak RM 2000,RM1500 dan RM1000

Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

RM2,000 : Lebih 3 Anak

RM1,500 : 1- 2 Anak

RM1,000 : Tiada Anak

KATEGORI 2

Bantuan BKM 2022 sebanyak RM 800,RM 600 dan RM 400

Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 hingga RM5,000 sebulan

RM800 : Lebih 3 Anak

RM600 : 1- 2 Anak

RM400 : Tiada Anak

Tambahan Kadar Isi Rumah:

Bantuan untuk Warga Emas RM 300 :

Jika isi rumah mempunyai warga emas,maka anda akan dapat bantuan RM 300 lagi dari kerajaan

Bantuan Tambahan RM 500

Untuk mereka yang bergaji dan berpendapatan sehingga RM 5000 dan adalah ibu tunggal / bapa tunggal serta mempunyai tanggungan akan dapat lagi Bantuan RM 500.

KATEGORI 3

Bantuan BKM 2022 sebanyak RM 600

Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan : Kurang Daripada RM5,000

Bagi mereka yang bergelar warga emas dan masih berstatus bujang,dan dapat gaji kurang dari RM 5,000 akan dapat bantuan RM 600

KATEGORI 4

Bantuan BKM 2022 Bujang sebanyak RM 350.

Bujang : Kurang Daripada RM2,500

Jangan bimbang kepada yang bujang,terdapat bantuan untuk anda dimana jika pendapatan anda kurang dari RM 2,500 anda layak dapat bantuan RM 350.

Boleh juga baca: Cara Daftar SMSBSN Untuk Semak Baki Dan Pindahan Wang Melalui SMS

BKM 2022

Syarat dan Kelayakan permohonan

Permohonan hendaklah memenuhi kelayakan berikut:

1.Isi Rumah

a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

3. Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Cara membuat Permohonan Baru untuk BKM

Jika anda belum pernah menerima bantuan ini dan tiada rekod data dalam LHDN anda hendaklah membuat permohonan baru manaka yang sudah ada data,hendaklah membuat kemaskini bagi tempoh yang di tetapkan.

Data sedia ada penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM bagi diverifikasi kelayakan

-AKAN DIKEMASKINI DARI MASA KESEMASA-

Tarikh Kemaskini permohonan

Tarikh kemaskini/permohonan baru boleh di buat bermula:

  • 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (1 bulan)

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

-AKAN DIKEMASKINI DARI MASA KESEMASA-

Tarikh dan jadual pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia BKM (2022)

Pembayaran di jangka akan dilakukan pada 2022 mengikut kategori yang ditetapkan.

-AKAN DIKEMASKINI DARI MASA KESEMASA-

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan Maklumat lanjut boleh hubungi melalui saluran-saluran yang disediakan berikut:

  1. Soalan Lazim BKM
  2. Layari laman web Rasmi Kementerian Kewangan di  https://mof.gov.my/ms/ atau https://budget.mof.gov.my/ms/ 
  3. Akaun Facebook Kementerian Kewangan Malaysia

NOTA:Kami akan kemaskini maklumat terbaru setelah mendapat hebahan terkini.

Sila Join Channel Rasmi Telegram MyHebahan. Segala hebahan terbaru akan dimaklumkan melalui medium ini.

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Hebahan Bantuan Kerajaanhttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More