Bayaran STR 2024 adalah berbeza-beza mengikut kategori yang telah di tetapkan oleh kementerian kewangan.Mesti ramai masih keliru dan tidak tahu dengan jumlah bayaran bagi setiap kategori seperti Bujang, Keluarga & Warga Emas kan?
Sedia maklum,Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 diteruskan lagi setelah diumumkan melalui Pembentangan Belanjawan 2024 oleh Kerajaan Madani.
Melalui belanjawan tersebut,Perdana Menteri memaklumkan Sumbangan Tunai Rahmah akan ditingkatkan peruntukannya kepada RM10 bilion (2023: RM8 bilion).
Kadar maksimum STR meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700.Kadar minimum STR iaitu untuk golongan bujang juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.
Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300 sahaja.Namun, untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500
Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024?
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup
STR merupakan sebuah program Bantuan Tunai B40 yang sebelum ini di kenali BSH, BPN, BPR dan BKM.dan untuk tahun 2023 dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 serta terbaru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 merupakan Program Bantuan untuk Rakyat berbentuk wang tunai dari kerajaan dan biasanya di umumkan ketika pembentangan Bajet.
Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR).
Syarat Permohonan
Pemohon di kira layak jika memenuhi setiap kriteria kategori yang telah di tetapkan iaitu:
Pemohon
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS) Anak
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS
- Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
- Anak
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS
Warga Emas Tiada Pasangan
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas
Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Tarikh Permohonan
Permohonan sudah di buka bermula 1 November 2023 dan permohonan adalah dibuka sepanjang tahun berbanding sebelum ini sekali setahun sahaja.
Untuk perincian yang lengkap,boleh rujuk Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023
Cara Mohon STR 2024
Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara iaitu:
- Secara online di Portal STR 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Borang Manual dengan mengemukan ke Jabatan HASiL yang berdekatan
Tarikh Fasa Bayaran STR 2024
Bagi Penerima yang layak,berikut adalah tarikh2 yang telah ditetapkan:
- Fasa 1 – Februari 2024
- Fasa 2 – April 2024
- Fasa 3 – Ogos 2024
- Fasa 4 – November 2024
Jumlah Pembayaran STR 2024 bagi setiap Kategori
Mengikut touch point belanjawan 2024 oleh Kementerian Kewangan,berikut merupakan kadar bayaran bagi setiap kategori yang telah di tetapkan:
- Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
- RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
- RM2,000 : 3 – 4 Anak
- RM1,500 : 1 – 2 Anak
- RM1,000 : Tiada Anak
- Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
- RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
- RM1,000 : 3 – 4 Anak
- RM750 : 1 – 2 Anak
- RM500 : Tiada Anak
- Warga Emas Bujang
- RM600
- Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)
- RM350
Boleh rujuk jadual pembayaran di bawah:

Pembayaran akan di lakukan secara berfasa di mana terdapat 4 fasa pembayaran dalam tahun 2024 akan di lakukan
Mengikut maklumat terkini,Pembayarann pertama akan di naikkan sebanyak RM500 dan dijangka akan di bayar sebelum Ramadan
Rujuk setiap jumlah pembayaran dan fasa di bawah:
a. Kategori Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (tiada had umur) | |||||
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
0 | 1,000 | 500 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
1 – 2 | 1,500 | 500 | |||
3 – 4 | 2,000 | 500 | |||
≥5 | 2,500 | 500 |
b. Kategori Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (tiada had umur) | |||||
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
0 | 500 | 100 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
1 – 2 | 750 | 150 | |||
3 – 4 | 1,000 | 250 | |||
≥5 | 1,250 | 300 |
c. Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan
Pendapatan Bujang ≤ RM2,500 (Berumur 21 – 59 tahun / OKU Berumur 19 – 59 tahun) | ||||
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
350 | 100 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000 (Berumur ≥ 60 tahun) | ||||
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
600 | 150 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
Bayaran Tambahan STR 2024
Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori isi rumah miskin dan miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- penerima isi rumah yang tersenarai sebagai isi rumah miskin dan Miskin Tegar yang berdaftar dalam e-Kasih
- mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun mulai Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023.
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 12 bulan
Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | |
Kategori Penerima | Kadar Sumbangan |
Penerima STR berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM | RM1,200 (RM100 sebulan) |
Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM | RM300 |
Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM | RM150 |
Semakan Status Pembayaran STR 2024
Berikut adalah cara untuk anda buat semakan status pembayaran bantuan anda:
Semakan Online boleh di buat di :
- Portal Rasmi STR
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran.
Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat STR 2023 begitu juga password/kata laluan yang telah didaftarkan
-AKAN DIKEMASKINI-
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut,boleh boleh hubungi melalui saluran berikut:
- Soalan Lazim FAQ STR 2024 di bawah:
- Talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.