Bantuan Yayasan Pasir Gudang RM 300 untuk pendaftaran IPTA Awam dan Swasta

0 378

Bantuan Yayasan Pasir Gudang RM 300.Berita baik, Yayasan Pasir Gudang menawarkan Bantuan RM 300 Pendaftaran IPT Awam & Swasta kepada anak-anak Pasir Gudang dan Tebrau yang berjaya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Mereka yang memohon mestilah beralamat di kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Jumlah Pembayaran Bantuan Yayasan Pasir Gudang

Kadar Bantuan yang diberikan secara one-off kepada pelajar yang layak adalah sebanyak RM300.

Jenis bantuan yang diberikan kepada peringkat pengajian:

  1. Diploma
  2. Ijazah Sarjana Muda

Boleh juga baca: Cara Mohon Online Hadiah Pengajian IPT RM1,000 Skim HPIPT 2020

Syarat-syarat kelayakan untuk Bantuan Yayasan Pasir Gudang untuk Pendaftaran IPT

Pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat sahaja akan dipertimbangkan.Syarat-syarat kelayakan untuk memohon ialah:

  • Warganegara Malaysia dan Kad Pengalaman beralamat du majlis Bandaraya Pasir Gudang
  • Mendapat tawaran kemasukan atau pengesahan pendaftaran IPTA/IPTS
  • Pendapatan isi rumah/ keluarga tidak melebihi RM4,000

Boleh baca: Dokumen Sokongan i-Sinar:cara muat naik untuk Kategori 2 dan tidak lulus kategori 1

Cara membuat permohonan

Permohonan dibuka selama 3 bulan iaitu dari Januari hingga Mac.Kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan boleh menghadirkan diri di pejabat Yayasan Pasir Gudang untuk mendapatkan borang permohonan.

Alamat :

Aras2, Menara Aqabah,
Majlis Bandaraya Pasir Gudang

Isi selengkapnya borang permohonan dan kembalikan borang permohanan bersama dokumen yang diperlukan pada tarikh yang ditetapkan

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More